Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 6 September 2009

Bersayap Di hujung Jari

Zaman Gatotkaca sudah berlalu pergi
Hulubalang tidak lagi perlu terbang
Kerana manusia musuh tidak lagi perlu dibunuh
Layari mindanya ubah persepsinya kuasai fikirannya
Manusia musuh akan menyalin seragam menjadi seldadu mu

Zaman Gatotkaca yang silam itu sudah jauh berlalu pergi
Pendekar bertulang besi beruratkan dawai tidak lagi digeruni
Pencak lincah licik menggelek sendeng tidak lagi
bertapak pada tegapnya memacak pasangan kekuda
Kemenangan bijak mudah cari dilioktari berjeriji lidah petah
pantas terkirim dilaman pelbagaian media menakluk rasa memenangi hati

Zaman Gatotkaca yang berselang silam itu sudah sekian berlalu pergi
Penjurit yang bijak menitih mentera mengirai rahsia maujud memecah adat zat
sehingga lesap hilang dari tampak mata zahir lenyap menjadi ghaib
tidak lagi bisa menyorok dari kanta optik yang tidak lalai
menangkap dan menterjemahkan segala gelombang serta haba
segala tenaga jadi jadian ujud maujud sebarang benda
tetap dapat dirakam, disimpan dan diolahtayang waktu perlu

Zaman Gatotkaca yang berselang silam itu sudah semakin kelam hilang dari ingatan
Kehebatan mampu terbang menyerang lawan seperti bersayap
mengharung awan tidak lagi digeruni
kerana kelajuan jet tanpa pemandu
sudah bisa meranapkan menara tertinggi dalam sekelip mata
mencipta sebab bagi mengirim peluru peluru terbang
tanpa pemandu dengan kawalan hujung jari
dari kamar rahsia keserata dunia

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uiks.. tak faham aku .. salam kenal penyair dari gunung.. :)

Tanpa Nama berkata...

3 adun sudah confirm keluar pakatan rakyat selangor.. dan mb baru akan diumumkan sebelum raya.. sebarkan..

C L J berkata...

Tahniah. Teruskan usaha. Bukan sekadar berdoa dan berharap sahaja. Terus berterusan usaha sehingga realisasinya nyata. Tahniah dan TK.

Unknown berkata...

MB baru? Kerajaan baru ke? apakata kalau suh diorang announce pada 16sept je terus??? hehehehe... nak sgt 16sept, NAHHH KO 16SEPT!!!

C L J berkata...

Mek ...
cuba tengok jemari bersayap dilaman.
cuba cuba lah faham.
Kedah macam mana ? ?

C L J berkata...

Mek ...
cuba tengok jemari bersayap dilaman.
cuba cuba lah faham.
Kedah macam mana ? ?

C L J berkata...

Mek ...
cuba tengok jemari bersayap dilaman.
cuba cuba lah faham.
Kedah macam mana ? ?

Unknown berkata...

"cuba cuba lah faham"

Hmmm... Kalau ikut apa yg saya belajaq... FAHAM tu adalah ANUGERAH. Kalau dah nama nya anugerah... bkn la semua org dapat. betoi ka??

C L J berkata...

TK untuk kawan2 yang susah payah berusaha cuba memahami kata kata hamba. Juga mohon maaf kalau istilah2 yang hamba guna banyak yang sukar difahami. Hamba sebenarnya datang dari zaman purba. Banyaklah perkataan2 zaman dahulu hamba terpakai.

Sebenarnya dalam sajak ini hamba cuba merujuk kembali garapan kesah seorang kawan sedang belayar mencari. Gatotkaca watak talam cerita rakyat Jawa yang penoh kesaktian. Hamba menulis sajak ini sebagai reaksi kepada sajak yang saya baca dilaman tersebut.

Secara ringkas hamba nak cuba ceritakan perbezaan zaman dan budaya. Dulu penoh kesaktian. Kini adalah zaman letronik. Segalanya mungkin melalui letronik itu.

Zaman keras dan tangkas dahulu sudah pergi digantikan oleh kebijaksanaan dan diplomasi. Orang tidak lagi berperang dengan cara membunuh tetepi memenangi hati.

Zaman kini segalanya yang dahulu dilihat sebagai sakti kini lahir kembali melalui kesaktian letronok. Segala dapat diolahcipta dengan kebijaksanaan saintifik. Anak2 muda kini kenalah menjadi pencipta.

MC dan Mek: rujuk juga catatan di bawah tajuk