Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Isnin, 8 Oktober 2012

Jarakkah menjurang pisah antara kita.

(Buat seorang sahabat yang lama tidak bersua dengan khabar berita yang tiada)


Sekian lama tidak bersua. 
Engkau rupanya serupa aku. 
Semakin lemah dimamah usia. 
Namun sajak sajak sejarah Melayu. 
Masih jua kujulang bawa kemana mana. 
Ceritera ketiga pulu empat didendangan bahasa mu 
masih panas membakar dada seperti baru semalam ku baca
masih nyaring membawa tajam serunai sayu diluka bercuka
digemuruh tabuh genderang pilu menyinar suluh hiba rasa. 
dan aku dengan tenaga yang sudah seperti  tiada terbangkit jaga
menjadi segar dan gagah rasa seperti kita masih jua sama terikat 
dibebat pautan kasih pada landasan sehala sama diimpian hajat. 
Tidak mungkin terpisah oleh jarak dudukan antara kita. 
walau dari kejauhan ada nafiri nyaring kedengaran 
menobatkan pertabalan engkau dinegeri mu 
tatkala aku sedang tertimbus dipusara ku 
bersama keriangan menekmati sepi 
diranjang khayalan sendiri.

(Terima kasih ku ucapkan. 
Pada maya yang berjaya. 
Mengembalikan segar ingatan ini)

Tiada ulasan: