Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 21 September 2012

KUASA PASARAN VS KUASA PELANGGAN.


Engkau memang hebat dan bijak dalam perniagaan. 
Helah niaga kalian memang kejat mengunci perangkap.
Sementara kamilah pelanggan setia urusniaga kalian. 
Memang lena lali dalam belai pujuk kejat terikat. 
Lali lalai kami puncanya mesra lembut belaian. 
Namun janganlah alpa lupa kerja bijak kalian. 
Membelai kami sehingga lali lena tetap berterusan. 
Takut tetiba terjaga kami dari dengkor di lena nyenyak. 
Meloncat bangkit kerana dikejutkan sengat pepijat. 
Menerkam menerpa tak kira haluan sasaran. 
Rupanya engkaulah punca segala celaka. 
Mengusik hati dan parah merobek rasa. 
Berang kami marahkan kamu bencikan kalian. 
Masih jua serempak rupa kamu berlegar di pasaran. 
Wajah kalian masih gagah bertapak di rangkaian jualan. 
Rakus mengaut untung enak lunak berbelit dikuasa pasaran.
Bayangkanlah selanjutnya bagaimana hikayat membawa kesah.
Kalau kelak kami jadi terkumpul menjadi kuasa arah halang pasaran.

Rabu, 19 September 2012

HIKAYAT AWANG LUNTONG 3


Sebuah kesah dari: FB: Raja Wali
2 jam yang lalu
HIKAYAT AWANG LUTONG 3...

kelingking mencucuk mata
kaduk dah naik junjung
ular lidi dah jadi naga
ular ayaq nk telan tedung
perigi dah cari timba
ayaq dah mendaki gunung
x kenal ulu dah lupa muara
jadi celaru...caca merba
ini bukan rekayasa
ambo royak hok sengoti belako...

sampah dah masuk mato
jadi kelabu x nampak bgapo
adik kakak habis lupo
xkenal musuh dah lupa sedaro
demo doh tak srupo mulo
dah x jadi srupo skalo
janji masyyyukkk demo sapu belako...

selumbar mencucuk bisa
ditarik berdarah jiwa
ditolak berdarah raga
ditelan mati mak
diluah mampuih pak
apa yg dibuat serba x kena
demo pulok dok kiro nok berkuasa
hukum hakam bercampur dgn dunia
xdok sore yg boleh kecek bkiro
nanti Melayu balik kehuma
masuk hutan jadi kera
jadi srupo Awang Lutong
tinggal smula dihutan rimba...

takut nanti KITA X dan nak ligan la...
x dan nk kepong la...
jadi serupa pakai kain x cukup ela
tutup sini tebukak sana
tutup sana tebukak sinun
serba x kena la... — bersama Shahriza Abdul Shukor dan 48 yang lain.

Isnin, 3 September 2012

MOGOK SASTERA


Hari ini 
aku diterpa keliru 
dan menjadi tidak faham lagi 
akan kedudukan sebenar diri mu 
dalam kesah Salina yang sekian lama 
berbalut perada emas dalam gerabak buku ku 

Namun aku 
menjadi lebih memahami 
akan rahsia mogok sastera mu 
yang sekian lama diam tersirat 
tetiba sahaja ia menjadi serlah
maka menjadi kenallah aku 
akan sebenar diri mu

Sabtu, 1 September 2012

LANTARAN HANYUT DIDATARAN JULANG


Betapalah perjuangan itu
bergumpalan gusut keliru
engkau masih selamba begitu
memasang diri pada papan perasan
mengharap sangka masih dijulang puja
menggalas baldi najis meraba belentara
mencari alasan mencipta anika cerita
menghimpun hingusan mengulit lena
memberikan mimpi khayal berhiasan

Betapalah sayangnya pada nama terpuja
bergumpalan direnyok guling dihapak nyata
namun engkau yang ternama dilambang bijaksana
masih jua leka diulit mimpi bersama kesah purba
membawa pepanji sudah lama dilupakan semua kita
lambang saka republik komunis engkau kibar semula
sebagai sahabat aku pun melihat engku berubah rupa
rambut mengirai melepasi paras bahu
janggut mengepai usap keparas dada
mesai melunjur hulur menutup bibir
serentak berebutan menguntai bicara 
demikian sebenar rupa diri tidak tersangka

Selamanya ku sangka engkau adalah seorang seniman berjiwa
sentiasa menyulam watak di lubuk hati yang kejat terpacak 
gagah berdiri memacak kekuda pada yakin dipegang sendiri
rupanya mudah dibelai lambung dek rasa terjulang puja 
meluru berlarian mengejar cita dibentang tayang halua kata 

Dari Menara Ini.

Dari menara ini
aku terpacak melihat
dedada habis rabak terburai
minda manusia ligat dihayun buai
diterjah robek peluru anika ceritera
diledak bom berangkai mengasak hajat
menggolek oleng segala maklumat
mengadun olah segala cerita berita
mencipta reka anika rupa peristiwa
mengolah suhu membahangi emosi
membakar didih hati hati yang sepi

Rindunya jiwa untuk menemui keindahan manusia 
yang sesungguhnya terpilih dari seluruh kejadian
menjulang tingginya harapan 
untuk ku temui hakikat kebenaran
semakin hari semakin jauh menghilang
janji dahulu masih terpikul didada iman
kena dipikul sampai kehujung hayat zaman
sebidang bumi tempat menghuni hidup insan
ada kerajaan bertakhta menegak pepanji Islam
bernamalah ia sebuah negara punya orang Islam
jelas hukumnya wajib kedaulatannya dipertahan
cicir terbiar lalai mengabai dari dibela dipertahan
gagallah amanah dipertanggong jawabkan demikian
bagaimanalah neraca besok akan menepati imbangan

Sukarnya urusan kerja menghadapi ancaman cabaran
serangan maklumat terolah mengolak emosi perasaan
namun tetap perlu didamai tenang dijelas terang
begini rupanya perang dihadapi dihujung zaman
begini rupanya jihad bertekad kehujung usia
tanpa menghitung kesan dan akibatnya betapa
tanpa menghitung bilangan dan sumbernya berapa
kena berlangsungan diterus tanpa dikira akhirnya bila
bijak menanggung amanah menyampaikan tanpa hujungnya


Pertolongan sebenar dari Allah.


Terkedu hati ini
mengenangkan resah hati
seorang sahabat
ku gelarkan seorang serikandi
menitiskan air mata
apabila diperingatkan tentang
Zulfikar kepunyaan Harimau Allah.

Aku cuma ingin mengajak 
sahabat sahabat pejuang
menyemat ingat dalam hati 
tentang betapa hampirnya
kemenangan buat umat mukmin
apabila sebenar sudah tiba 
pertolongan dari Allah 

Rupanya ada sahabat terenjat resap fana 
tanda jitu penghayatan keimanan
sehingga mengalir zat pekat 
dalam darah dan daging 
jestru berbakat bersifat 
menggetarkan rasa 
meremangkan saraf.
Mashaallah.