Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Rabu, 2 September 2009

Semangat Merdeka.

Seperti biasa apabila Ogos merangkak ke hujungnya
semangat kemerdekaan terus membakar sampai ke puncaknya
tahun demi tahun ulangan tetap berulang demikian
seorang demi seorang para pendekar pembela pejuang bangsa
berderet datang menghangat ingat menyegarkan kenangan
betapa gigih betapa jerih langkah langkah suci perjuangan
betapa yang rebah dengan darah menyimbah membasah tanah
betapa yang hilang dalam pelarian kerana diburu sebagai penderhaka
betapa yang rela hidup merana dalam penyamaran sebagai orang terbuang
betapa yang kering zat dalam badan hidup tertekan olih kemiskinan berterusan

dan ....... dan .... ..... ...... dan ..... ........ ...........
betapa ......................................................................
betapa kita ................. ..................... ................................
betapa kita kini begitu selesa dalam alpa leka lupa pada jasa jasa mereka
?
?
?
akukah itu yang lumayan dengan istana indah
terpacak tiang tiangnya diatas selerak
tulang temulang nenek moyang yang parah seksa
sedangkan tidak pernah terfikir pun kita
betapa kita ini tanpa pengorbanan mereka
sedangkan jarang terlintas pun untuk kita
ucapkan terima kasih kepada mereka
sedangkan tiada fatihah pun
kita baca sebagai hadiah
terkirim buat mereka

sebaliknya kita lebih enak bersengketa sesama kita
kerana inginkan bahagian yang lebih dan lebih lagi
sebaliknya kita lebih enak berpangkasan sesama kita
tampa menyedari betapa pilunya mereka di kuburan sana
sebaliknya kita sanggup bersekongkol dengan musuh musuh
yang tidak mungkin akan rela mereka beri muka
yang kita ini sebenarnya berupa
serupa pengkhianat kepada mereka.
Relakah kita .. ... .... ? ?? ???

8 ulasan:

red rooster berkata...

Tuan,
Salam kemerdekaan. Tq.

KUNYiiL berkata...

bangsa yg berakal bangsa yg merdeka ke? atau melayu yg berakal islam dah merdeka ke? ehmmm??

Media Cyber berkata...

wui... statement nak kena terajang.. :p ape2 pun kita dah merdeka.. syukurlah

Che Leh Jangok berkata...

TK semua komen. Semuga Allah selamatkan bangsa bangsa pendokong Islam diakhir zaman ini dari musuh luar dan musuh dalam jua, Inshaallah.

mek berkata...

che leh...
khianat kat tok nenek takpa lagi. depa dah takdak. duk dalam kuboq dah, takleh nak marah maki seranah kita pun...

tapi... wat khianat kat anak cucu?? haa... siap la esok2 kena maki hamun makan tak abih 7 keturunan.. silap2 ataih kuboq kita pun depa mai kencin jaa, sambil sedekahkan sumpah seranah:
"bodo punya tok wan, hang punya pasai la kami kena idup merempat mintak sedekah sampai laa ni"

Che Leh Jangok berkata...

Mashaallah Mek. Jadi takut hamba yang udah dekat dengan ujung usia sedang usaha masih juga belum pasti. Kalau gitu gini aja pesan hamba:

Jika sekiranya aku
tiba tiba sudah menjadi tiada
usah engkau cari batu batu
penanda pusara ku
aku tidak akan semadi di situ
aku tetap akan kembali
untuk bersama mu
selagi engkau
meneruskan perjuangan ini.
Inshaallah.

mek berkata...

che leh tak perlu takut... kalu dah memang che leh dah ada usaha, anak cucu nanti tau la che leh dah buat takat termampu. tok nenek laaagi la tau...

hat saya kata kuboq sok2 nak kena kencin dgn anak cucu tu, kuboq2 depa hat tak wat keja, tak sedaq, atau wat kerja tp duk nak bagi jahanam... hat duk usaha nak bagi perbetoi ni, insya-Allah terpelihara la dari sumpah seranah anak cucu.

tapi.... yg masalah problem nya... semua puak pun rasa depa betoi. abih cemana tu?

Che Leh Jangok berkata...

Satu cara mengukur ialah gelojoh mana dia dgn bahagian dia dan mudah (ikhlas) mana dia sumbang.