Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Isnin, 14 September 2009

SESAYAP DI CELAH CELAH JEJARI

Dalam
enak bersayap
dihujung jari jemari
belaikan keras jejari itu
awas timbal lembut liutnya
hisab kira alunan gerak limbai
ukur sukat olak alun hayun gemulai
jangan terlepas pandang lalai timbang
jangan terlupa jaga menyatakan sayang
semaklah hujung melurut urut ke pangkal
jauhkan lalai alpa mengunjur anjur keakal
takut sendiri sehari terkejut melihat sayap
bercambahan tumbuh celahan jari jemari
bersayap sayap mengolah limbai sendiri
mencipta olak olah menyipi nyipi lari
menyiong menjauh tanpa disedari
nanti rusak dikemudian hari
punca awal mula jadi
sukar dufahami
payah dicari

3 ulasan:

Dhamah Syifflah berkata...

tidak susah jika hati...
benar benar tepat...
menuju kesisiNya...

telah diterangkan apa Dia suka...
bagaimana Dia...
lakukan sahaja mengikut suruhanNya...
nascaya kau bahagia...

jika engkau telah jumpa...
tunjukkanlah aku jalan untuk menyusulinya...
supaya aku kau dia disatukan...
dalam babak percintaan...

Che Leh Jangok berkata...

Tonggak berlima pun masih goyah tapaknya.
Tongkat ketupai Silang serandang
Bagaimana akan teguh kuat terpacak
Tebing merebis pantai terhakis
Hamba cuma cuba membina jaminan
tempat memacak mendirikan mesjid
tempat umat bermasyarakat bersolat
hamba cuma cuba membangunkan harap
mendirikan sebuah menara perkasa
tempat umat melaungkan azan berazam
berpanjangan menyuluh jalan
jangan terpinga mencari laluan
semuga sampainya jelas nyata.

Che Leh Jangok berkata...

Mek, mek....

Sebenarnya sebuah karya seni bukan untuk diceritakan oleh pengkaryanya. Kalau nak cerita secara jelas terang lebih baik ditulis dalam bentuk prosa. Sebuah rancana. Sebuah analisa. Suatu komentar atau sebagainya.

Sebuah puisi, sebuah karya seni seharusnya menceritakan lapis lapis maksudnya dengan sendirinya. Kalau kefahaman itu berbeza, biarlah ia berbeza.

Itilah seni. Itulah juga namanya rezki masing2 yang didapati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan latar belakang masing2.

Namun menghormati ketulusan lohor Mek, Tok Wan bukalah juga sikit. Tapi sikit je tahu.

Seorang pemimpin pasti ada pengaruh yang berjari jari. Bercabang cabang2. Tok Wan cuba pesankan kepada mereka supaya hati hati menjaga jejari pengikutnya yang pastiny berlapis tindan dan bercabang2.

Supaya kesan negetif tidak menyimbah balik sehingga memberi kesan tak baik kepada diri pemimpin Tok Wan pesankan juga supaya keras lembutnya jejari rangkaian itu diurus.

Keras biar terurus. Lembutnya juga biarlah bermakna. Jangan sampai tidak berkesan. Pimpinlah pengikut.. . .

Seterusnya bimbing pengikut supaya tidak mudah dicelah selinap oleh musuh atau gejala perusak. Takut nanti halatuju perjuangan tersasar dari agenda asal yang pasti ada kemurnian tersendiri.

Kerusakan yang berpunca dari dalam terlalu payah ditangani. Penyelesaiannya lagi sukar diurus bina.

Ini satu contoh untuk Mek fahami. Tetapi Mek boleh cari sendiri kefahaman lain dan tersendiri. Terpulang. Untuk Mek adalah hak Mek.

Cuma jangan paksa orang lain faham cara kita kerana masing masing ada hak untuk faham cara dia.

Jangan pula jadi pak turut dan ambil jalan mudah untuk mencedok fahaman orang lain.

Mudah mudahan kita berterusan membina kebijaksanaan sendiri.

Inshaallah.