Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Selasa, 8 September 2009

Bersenjatakan Sayap Di Hujung Jari.

Hari ini aku rupanya hampir dengan satu penemuan
mendorong aku membina rasa kagum tidak terhingga
terhadap anak anak serta sahabat handai sedang jihad berjuang
gigih bergalah dicelah celah bongkah batuan
dengan bekalan senjatanya cuma sentuhan jari
merayap menerobos angkasa menabur maklumat
mengolah kupas kelarai jurai segala cerita peristiwa
membawa warga dahaga mengenal rahsia tersurat tersirat
sehingga umat mampu membina ilmu ilmiah dan bijak mencari hakikat
meneruskan kebijaksanaan memikul amanah tabligh berterusan.

Tahniah kalian.

2 ulasan:

Dhamah Syifflah berkata...

dari generasi ke generasi...
supaya semua teguh berdiri...
berpegang teguh pada Illahi...
agar sempurna saban hari...

berjalannya jari jemari...
hanya kerana Illahi...
supaya terserlah identiti...
identiti islam yang sejati...

C L J berkata...

Dicelah kedut kedut wajah adalah tersirat rupa diri sebenar
Disebalik compang camping selimut gebar ada badan sebenar
Diselangan ungkapan patah kata ada jalinan tersirat gambaran hati
Segalanya tak mungkin jelas kelihatan selagi pandangan tidak menyilang tembus
selagi pandangan tetap terikat pada laluan yang satu
padahal lorongnya beribu beranak liku berliku
walau hijung terowongnya tetap satu
walau tanjung tempat menyigai gelombangnya tetap berbatu.