Hai
anak anak;
setelah berhari hari
bermalam malaman kita
mengharungi pengalaman bersama
melambung gelombang rasa dan
menterjemahkan maknanya
mengikut fahaman sendiri.
setelah berhari hari
bermalam malaman kita
mengharungi pengalaman bersama
melambung gelombang rasa dan
menterjemahkan maknanya
mengikut fahaman sendiri.
Telah belajarlah kita berbagai pengertian
untuk bekalan meneruskan kembara yang panjang
menempoh kehidupan sebenar dalam arus satu perjuangan.
Sesungguhnya dalam tempoh singkat kita berada bersama
mengalami berbagai cetusan dan pergolakan perasaan
untuk bekalan meneruskan kembara yang panjang
menempoh kehidupan sebenar dalam arus satu perjuangan.
Sesungguhnya dalam tempoh singkat kita berada bersama
mengalami berbagai cetusan dan pergolakan perasaan
telah sama sama menemui berbagai persamaan
dan perbezaan yang menuntut kita
mengasah toleransi dan kebijaksanaan
mencari dan membina faktur pengimbang
mencari dan membina faktur pengimbang
sehingga kita semua terhimpun menjadi
satu pasukan yang sekata sefahaman.
kerana sesungguhnya kita tidak ada pilihan
kerana kehidupan adalah sebuah kelangsungan
seadanya dari apa jua yang sedia terbentang
namun untuk berterusan adanya ia
kerana sesungguhnya kita tidak ada pilihan
kerana kehidupan adalah sebuah kelangsungan
seadanya dari apa jua yang sedia terbentang
namun untuk berterusan adanya ia
milikan itu jangan cuma sendirian
kerana pesaka ini diwasiatkan
kerana pesaka ini diwasiatkan
untuk dikongsikan bersama
diagih bahagikan seadilnya mengikut keperluan nyata.
selebihnya baharulah ditebar menjadi terbuka kepada rebutan
janganlah rakus memalsu bersaing untuk mendapat lebih sendiri
kerana demikian itu adalah merampas hak daripada yang berhak.
4 ulasan:
Di manakah menghilangnya suaramu..? Bagai bertahun aku menunggu bingkisan darimu. Rajuk atau kepadatan masa? Tiada lagi salam ziarah darimu. Adakah tercalar jiwamu dengan coretanku? Serasaku tiada yang mencemar hatimu. Jauh sekali ku balingkan kata-kata dalam teratak kisah untuk menjerut perasaanmu.
Hehehe..madah sekali sekala..
Alam dan kehidupan adalah lautan
luas terbentang menjadi cabaran
bagi insan sedang berenang berkolek
gigih ikhlas mengharunginya
dengan sekadar kadar yang ada.
Siapa pun tidak mungkin terlepas
dari melalui dan mengalami.
Neraca inilah mengukur jatidiri
menyukat tahap kendiri sejati
mengesan kepekatan pegangan
pada kepercayaan dan pegangan iman.
Demikian hamba dalam lautan serupa
adalah kurang adalah tak terupaya
Namun hati tetap tegap atas ikhlas
dilurus laras lurah liku kelok
timbang imbang melarik rancang
kepastian beriman yang tenang aman
Berpesanlah hamba pada teman teman
usah bersusah memikirkan bagaimana
hati dan perasaan bergolak digelora
kerana jikapun ada serupa dikata
ia cima adalah lamrah kehidupan
namun ditapi ayak di badang
terisihlah segala sekam atahan
terungkailah segala kusut talian
terlerailah segala buku bekuan
Diri ini masih tetap bertahan
hidup berkelok simpang liku laluan
bertumpu cuma untuk satu tujuan
memberi kebahagian senang aman
kepada insan terdesak memerlukan
kerana akan diri ini cukuplah sudah
dengan segala hidayah dianugerah
tenang aman puas mencukupi jua
seadanya sekadar kadar yang ada
Kurang dan tidak memadai kini
cuma masa dan kesempatan menyumbang
memberi membina membangun menjamin
apa yang ada pada umat sakalian
akan tetap selamat berterusan
dengan kadar bertambahan
lumayan berpadanan
untuk terus menjadi nikmat
anak cucu generasi akan datang
menjamin membela mempertahankan
selamat berkembang tanpa gangguan
sebarang musuh segala rupa petualang.
INSHAALLAH.
Akan ku sambungkan bicara ini
dalam sinar cahaya yang lain
dilaman pencak
silat bicara ku kelak.
ini baru bunganya
belum lagi pukulannya
yang pasti
aku perlu berguru denganmu
banyak benar perkataan baru
yang aku tahu itu
kepunyaan Melayu
Asli, asyik dan berseni..
Catat Ulasan