Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Selasa, 21 Disember 2010

Terjemahlah Alam Ini Menjadi Pengajaran.

mentari petang
yang sudah hampir
keparas horizon rimba 
terselam sejuk di tenang air
masih mampu ia memancarkan
sinaran kemilau menyilau mata ku
kerana nyata masih perkasa gagahnya
mencelah diranting dan daun daun bambu 
masih mampu ia menikam kanta mata ku
kerana masih jua perkasa gagahnya ia 
dilangit petang yang cerah gemilang
tanpa gangguan selaput awan
demikian juga barangkali 
dalam hal pengurusan kehidupan 
terjeli berdiri dalam sesebuah kerajaan
kalau benar bebas dari gangguan dan halangan 
serta bebas dari gelojoh perebutan dan pertuduhan
kalau sebenar tegap terdiri takhta sebuah kedaulatan
Ya Allah bilakah akan jelma nekmat begitu di bumi kami.
.

3 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

salam...
agaknya bila akan tamad gangguan itu.
bila akan dapat menikmati ketenangan itu...

SEKALUNG BICARA berkata...

Salam.

sesungguhnya kehidupan ini penoh keceriaan jika alam ni tidak dimusnahkan dan diganggu gugat oleh segala macam bencana yang di lakukan oleh makluk itu sendiri.

Mudahan apa yang kita nikmati akan kekal abadi, sehingga anak cucu kita tidak menyalahkan kerosakan ini hasil tangan kita ..Insyaallah...

C L J berkata...

Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian; melainkan mereka yang sentiasa ...... ...... ..... ..... .....