Aku 
tidak akan mati  
aku akan terus hidup 
walau seribu tahun lagi 
kerana masih jua pada bahu ini 
tergalas banyak kerja perlu dihadapi 
demi masa depan anak cucu ku 
demi terus berdiri mu di situ
pada tonggak satu kuasa
di atas satu hajat
pulang selamat
ke alam akhirat
Namun jika  pun aku 
tiba tiba menjadi tiada jua
usahlah engkau nanti mencari  
dimana batu batu penanda pusara ku 
aku pasti berharap tidak akan semadi disitu 
aku pasti akan berhajat kembali untuk bersama mu 
selagi engkau masi yakin meneruskan perjuangan hak itu
.

2 ulasan:
lorong yang tuan lalui adalah lorong yang semua orang patut ikuti
kisah yang tuan beri adalah kisah yang semua orang harus renungi
juang semangat yang tuan pertahankan adalah bekal untuk semua orang
tuan adalah pembawa bendera
harus pada masanya tuan kibarkan
ia kemenangan bagi pihak tuan
jangan bersedih ,kerna mereka melihat tuan pada piala yang ditinggalkan.
salam hormat.selamat tahun baru.semuga kesihatan bertambah baik
kedai buku perintis
Biarlah puala itu berdebu
biarlah piala itu penoh berlumut
biarlah piala itu mengepingkan karat
ia tetap bersinar dilaras ingat ku
memancar kilaunya disinar ilmu
membakar hangatnya diazam jitu
inshaallah tetap kekal begitu.
Catat Ulasan