Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Sabtu, 4 Disember 2010

AKUKAH ITU


Akukah itu 
sedang kelam dalam kabus 
teraba raba mencari diri
dalam sepi yang sunyi 
sendirian disebuah pulau 
dalam suhu sejuk dingin 
merenung kelan dikejauhan 
mencari hari semalam yang hilang 
mencari hari esok yang entah bagaimana 
akukah itu yang pandai kelumpuhan 
terlantar diperbaringan tanpa daya 
akukah itu yang sedang meronta 
mencari upaya untuk terus melangkah 
mengatur tapak dalam licik kerikil gelanggang 
dimanalah aku bagaimanalah aku siapalah aku 
dalam angin sedang berlalu dalam ribut sedang mabuk  

7 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

sepi dan sendiri adalah teman yg baik.melihat diri merenung hari ini dan esok
semuga cepat sembuh.

NJ berkata...

Yang melihat aku yang teraba-raba
Yang menyaksikan dengan pandanganku

Akukah itu?

C L J berkata...

Hari hari semalam telah ku lalui dengan penoh rasa bangga. Hari ini bertambah kelam mengelirukan. Esok sungguh sungguh diragui. Perlukan banyak kegigihan. Sedang aku terlantar tanpa upaya. Mashaallah.

meme berkata...

salam ziarah .
sajak disini amat puitis dan begitu bertanggungjawab;

C L J berkata...

TK meme. Cuma dah lama tak berkarya. Hamba perlukan sentohan rasa. Tetapi semenjak pembedahan usus hampir 3 bulan lalu tak ada tumpuan dan payahlah nak tersentuh.

Kalau meme dan kawan ikut cuba cuba mengusik emosi hamba kelak ia akan membantu. TK>

hawa berkata...

salam ziarah.
kalau tok wan masih ingat, saya pernah berada dalam kumpulan tok wan di kem BTN besut 2009.
risau melihatkan kesihatan sekarang.
moga2 cepat sembuh dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah.
>dari bumi anbia',mesir

C L J berkata...

Amin yra ..
Doa Hawa itu
datangnya ia
dari bumi anbia
semuga ada berkatnya
inshaallah.
Terima kasih kerana masihlagi ada ingatan itu.