Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Isnin, 15 November 2010

Apabila seorang seniman diam berdiam.


Setelah lama memerhati seorang teman seniman meronta rasa dan diam termangu
aku menjadi keliru kerana tidak mengerti pergolakan dan perasaan hatinya
setelah berkali memerhati keadaan begitu dan apa berlaku seterusnya
baru jelas tahu ku apa makna apabila seorang seniman diam terdiam
bukan ngelamun bukan juga bermenung tetapi mengumpul tenaga
membina tapak ditari rasa mengolah indah pelangi menyeri rupa
diam seorang seniman mengatur wirid kata disulaman bahasa
menanggam impian meratibkan hajat semuga kesampaian
nyata diakhir wirid diam itu ada hidayah mendatang
membawa harapan sekian dinanti sekian dicari
mesra membelai dendam dan geram
sekian membekam dihati 
lembut melamar kasih 
sekian dipendam
sukar barangkali 
memahami bagaimana 
rahsia tersirat begitu mudah terjadi
bagaimana berhikmah mudah  terbina ia
melainkan sendiri terlibat hati yang merasa 
datangnya siap lengkap seperti sebuah kurnia
terhidang di paha beralas baldu berendakan manik
Al Rahman Al Rahim siapalah tahu hajat dan mahunya
akan siapa terpilih serta jadi laksana kerjanya bagaimana

Demikian rupa lohor hati seorang seniman penoh iman di dada
dalam pasrah dengan keyakinan tegap terpacak mencari karyanya
bersematkan hajat bersulamkan tekad membawa kebaikan bagi insan
bukan lumrah ia seperti sedang keliru mencari diri dalam kelam tertekan
maka mengertilah aku akan lain bezanya seniman paksa dengan asli jadian
yang mengalir bicaranya terus langsung dari gedung ilmu rahmat dari Tuhan

1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

assalamualaikum tuan.
selamat kembali dan muga Tuhan terus mengurniakan kesihatan yang sihat.agak lama juga tuan menghilang dan tertanya juga saya dimana gerangan.

namun sajak tuan ini memberi saya nafas untuk menjadikan karya saya nampak tenang dan menafaatnya untuk direnungi.insyallah saya cuba memperbaiki kekurangannya...salam aidil adha.take care.dan makan ubat...