Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 10 Disember 2010

Pesanan Buat Seorang Pejuang.

(khusus buat seorang pencari 
yang baru ku temui di maya 
yang luas terbentang)

Seorang pejuang 
tidak akan dihalang 
jijik cemoh ukuran dari luaran
kerana gigih seorang pejuang
adalah sebuah kepastian 

ukuran bukan dari dalam 
tidak akan mengalih sasaran
kalau esok mu jelas dihadapan
gambarnya pasti terang terakam 
sebagai sasaran sah akan diterkam
nilai harganya jelas nyata disukatan
setelah benar jelmanya digenggaman
bukan ia digambar pilihan orang 

5 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

assalamualaikum.tuan

apa kabar tuan,harap taun semakin sihat dan sejahteranya....bersabarlah dengan ujianAllah...kiranya sy tahu dimana tuan mahu saja saya datang melawat...

kedai buku perintis berkata...

sajak ini untuk Tuan

titisan airmata pejuang,bercucuran tatkala memberi kesedaran
mampu ku tadahkan dalam hati dengan kesedihan
bila anak yang kurang mengerti terbuai oleh kealpaan
melaung kamu merintih mohon pengertian
terdetik dihati rasa risau dan gundah
suaramu nanti hilang begitu sahaja
tiada lagi pengganti yang semampu mu
menjelajah mencari redha Allah
kamulah pejuang
yang enggan dikenali dan terus berbakti
dengan semangat waja dan tenaga dimakan usia
kamu terus bersuara.dengan pena dan hujung jari yang bersuara..
aku mendengar
aku juga melihat

C L J berkata...

Berbangga dan Terima Kasih atas perhatian mu itu.
Keikhlasan itu dapat ku rasakan. Ketemu dimana saja tiada bezanya.
Inshaallah.

C L J berkata...

Sudah lama aku
menghargai penghargaan itu.
Namun lambung julang mu
dalam sebuah gubahan puisi khusus ini
terlalu mengusik hati
yang tidak ku tahu
sedang bersemangat
atau sedang ragu
atau sedang pilu.
Namun apa pun rasa ku tanggung
aku tetapa juga begitu
dalam kembara
yang tidak akan ada
hujungnya
kerana itulah aku.

Helang Buana berkata...

MOHON DI LINK KAN BLOG SAYA
http://helangbuana.blogspot.com/
TERIMA KASIH