Dibumi subur ini apa pun disemai
pasti tumbuh dan lebat berbuah
Apa pun ditugal pasti galak membuah hasil
Getah dari Brazil jadi rezki lumayan
Kelapa sawit dari Afrika membuat kita jadi kaya rara
Kerana kita ini bangsa bertuah;
kitalah yang jadi peladang di Afrika
kitalah yang jadi peladang di Agentina
Kerana bumi ini dianugerahkan kesuburan melimpah
untuk kita bina tamadun terpuji mengikut acuan kita sendiri
Maka disinilah kita pacakkan hasrat berhajat
dengan tunggak 1 MALAYSIA
membina jagat rupa nilai manusianya
menerapkan teras teras perpaduan
menjadi aspirasi bersama
Kerana dibumi ini apa pun kita tanam senang berbuah
apa pun kita tugal menjadi subur dan lumayan hasilnya
kita pun menjadi pandai menyemai benih api
sebagai tanda nyata kitalah perakus merebut kuasa
kita pun menjadi bertambah pandai menugal kebencian
agar segala hasil mencurah kebakul sendiri cuma
padahal sebenarnya kitalah yang memadah musibah
kita pun menjadi bertambah bijak menanggam cerita
agar tiada yang masih tetap menjadi milik orang lain
padahal kita sebenarnya mengundang kemusnahan
untuk mudah datang menghancurkan kita semua
Dalam selesa menghirup kemakmuran lumayan begini
kadangkala boleh buat kita jadi lupa untuk bersyukur
Enak diulit kesenangan yang senang dipermudahkan
kadangkala boleh buat kita jadi lupa mengusul diri azali
Maka lupalah kita akan dosa yang boleh melupus segala pahala
Maka di sini dibumi ini pada hari ini kami berhimpun
di atas satu gagasan luhur dihasratkan
akan berpadu sepadu
tegap aman 1 MALAYSIA.
mengolah perinsip perinsip mulia
sedia termaktub kendong pada Perlembagaan Persekutuan
serta bersama menghayati RUKUN NEGARA rukun bersama
mempastikan keadilan sosial dikongsi bina secara bersama
Semuga disini
di bumi
1 MALAYSIA ini
bersama kita hidup saling hormat menghormati
tawadhuk tunduk di atas puas rasa rendah diri semadi dihati
rela dan redha dengan segala kesederhanaannya begini
demikianlah rupa budi bahasa menyerlah pekerti
syumulan budaya bijaksana dan inivatif meninggi prestasi
mengulum sifat dan sikap sentiasa mahu yang tepat padat
mengamalkan ilmu yang syumul mengukuh diri berintergriti
sentiasa setia dipertahan diperjuang
dengan segala ketabahan tak mungkin padam
Semuga terhimpun menjadi ibadah
untuk kelak diaudit
di Padang Mahsyar.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
6 jam yang lalu
2 ulasan:
Melayu kini telinganya tidak berfungsi
Melayu kini akalnya tidur
Melayu kini sudah ketandusan budi
Melayu kini selesa berhibur
Jenuh dinasihatkan pernahkah berubah?
Jangankan mengikut lagi menyanggah
Kesenangan didapat masih menyumpah
Ditakuti nanti menyesal tak sudah
Kita berbicara sampai tidak bernada
Tangan menyusun bait agar diterima
Tapi mereka juga bijak memaksa
Lupakan nasihat utamakan sengketa
Jelas kelihatan ada yang tersembunyi.
Cuma orang banyak masih juga tidak mahu mengerti. Adoh parahnya payak kerja kita ini. Namun tetap kena ditangani.
Catat Ulasan