Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 31 Januari 2010

Kehidupan Sudah Di Akhiran Zaman

Aku tidak pernah ada waktu terluang
kerana setiap masa yang ada tetap terjadual
sebagai tempoh untuk aku melayang terbang
dilangit biru maya pada meredah awan gemawan
mencari tajuk bicara mengesan teman menyulam kata
biasalah digelap pekat memandu sesat
biasalah disilau sinar disula cahaya
biasalah dihangat bahang dibakaran suria
biasalah terbabas dicelahan sepah sarap
jarang ketemu haruman setangi
kerana tempatnya cuma di bumi
jaranglah ketemu wangian melati
kerana wilayahnya cuma dipekat hutan
jarang ketemu merduan kicauan
kerana tempatnya cuma didataran
jarang ketemu azan tulus melaung seruan
kerana kehidupan sudah diakhiran zaman.

2 ulasan:

kelambuharimau berkata...

nampak sangat dah akhir zaman..lihat sendiri cara nik aziz tu..berbeza sangat denga konsep islam

C L J berkata...

Bernama orang yang bergelar ulamak pun kalau menyimpang sedikit tak mengapalah. Kerana masih manusia sifatnya. Tetapi kalau dah sampai selalu sangat bercanggah dengan ajaran Islam sendiri itu dah terlalu parahlah ia. Dah jadi menepati maksud hadis "ulamak zuq" yang paling dibimbangi olih rassullah saw pada akhir zaman.