Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Sabtu, 24 Julai 2010

Semulajadi wajah seorang seniman dalam pembikinan

Nyatanya ketulusan hati itu
jelasnya pertimbangan rasa
betapa terangnya ukur saring
tentunya lahir dari ikhlas yang jelas
pastilah terbit dari saksamanya budi
hebatnya penghayatan sinar ilmu
perakuan diri jadi jitu begitu
pencariannya tentu bertitik digaris pasti
walau sukar dicari pengukur bersukat
walau payah diungkap bahasa berbudi
namun demikianlah nilaian diri
kemulian yang sukar dicari
demikianlah kagumnya hati ini
Namun tetap jua ingin digagahi
menyemai kata nasihat suci
bahawa tanpa desak paksa menyedari
paras letak pada hak karya diri sendiri
pada ukur sukat hati budi murni suci
perlu jua dilihat sebagai olak penghalang
hakikat potret sebuah perjuangan seorang insan
yang mencari pastinya dalam proses menghasilkan
sebuah arca sebagai tugu sebuah kemenangan
tak mungkin lagi sesiapa mampu persoalkan
maka kagumnya aku dapat menumpang
merasakan hebatnya keyakinan seorang pejuang
serlah sudah wajah seorang seniman
pada usia masih lagi pada tahap permulaan.
Engkaulah wajah asli seorang seniman dalam pembikinan

5 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

serlah sudah wajah seorang seniman
pada usia masih lagi pada tahap permulaan.
Engkaulah wajah asli seorang seniman dalam pembikinan



beruntung wajah yang dimerngerti keiklasanyanya........

C L J berkata...

Macam macam boleh dijumpai dilaman laman blog. Tetapi hamba mencari yang dapat hamba beri sumbangan sahaja. Itulah semulajadi hamba.

Cahaya Kekasih berkata...

terima kasih, uncle....terlalu tinggi uncle mengangkat bakat kerdil saya....

saya letak puisi ni di side bar kedua-dua blog saya ya...

blog lukisan dan puis...

C L J berkata...

Silakan anak kesayangan ku. Biar orang lain juga sedar penghargaan dan harapan seorang tua bekas seorang pentadbir seni dan budaya.

Cahaya Kekasih berkata...

terima kasih, uncle....semalam saya turut dapat satu lagi puisi dedikasi...yang ke 13...

uncle telah menulis yang ke 12 :)

uncle ada facebook? atau emel?