Teman yang sedang terbakar dihangat rasa
bagaimana kalau lahar dari ledakan merapi
mematang masak hati membuakkan santan
meresapkan lemak melazatkan kecap rasa
mengharumkan bau ramuan rerempahan
menjadi hidangan resipi istimewa
tidakkah akan berubah pandangan rasa
menerbitkan poterit baru yang menawan
nilai sebuah kehidupan seperti diimpikan
indah dicari tidak akan bergolek datang
namun akan datang juga ia
jika diolah cipta digubah hias
gundah yang usang tentulah bisa dikitar semula
menjadi manik hiasan bunga bunga dijambangan ria
kiaskan lambangnya menjadi lawak menghias gelak tawaan
semuga keriangan jua menyudahi hujungan pengalaman
dan dipeti peti simpanan gundah gemercing sorak kepuasan
kitar gunakanlah segala gundah mencengkam menjadi riang
kitarkan segala gundah menjadi riang.
2 ulasan:
kiranya mampu.melawan olak arus yang tak menentu.kiranya mampu kemudi perahu usang seorang diri.ia adalah kekuatan yang tidak dapat membezakan jati diri.bertopeng senyum sedang wajah kelat memakan hati....
Orang berakit kehilir sungai
pandai ia menjolok luan
menompang arus pemusar olak
kerana faham ia
akan pola arus
dipusaran olak
lajaklah rakitnya
dibantu proses alam
orang berkolek meredah jeram
pandai ia mengatur luan
menompang arus
mencelah batuan
selamatlah perahunya
melintas jeram
kerana fahamnya ia
akan tabiat air
yang membina olak
untuk mencelah batuan
penghalang laluan
bijak ia mengemudi di air
kerana air itu sebenarnya
adalah guru pemandu
Maka demikianlah jua
manusia dalam menghadapi
gelora hati dan perasaan
jika jelas fahamnya ia
akan proses rasa
dalam jelma budi jasa
segala kejadian segala tindakan
jelma membuak rasa meracau hati
tidaklah bersahaja begitu ia
pasti ada sebab ada puncanya
bisa dikaji dibaca faham
dalam tompok pola berulang oleng Bijak memahami cerat bacaan
kelak mudah memandu olah
urus rasa dan langkah tindakan
Manusia matang bijak mengurus
emosi dan perasaan.
Catat Ulasan