Alam dan kehidupan adalah lautan
luas terbentang menjadi cabaran
bagi insan sedang berenang berkolek
gigih ikhlas mengharunginya
dengan sekadar kadar yang ada.
Siapa pun tidak mungkin terlepas
dari melalui dan mengalami.
Neraca pengukur jatidiri
menyukat tahap kendiri sejati
mengesan kepekatan pegangan
pada kepercayaan dan kejituan iman.
Demikian jua hamba dalam lautan serupa
adalah yang kurang adalah tak terupaya
Namun hati tetap menegap atas ikhlas
dilurus laras lurah diliku berkelok
timbang imbang dilarik larat
kepastian iman tenang mengaman
Maka berpesanlah hamba pada teman teman
usah bersusah memikirkan bagaimana
hati dan perasaan bergolak digelora
kerana jikapun ada serupa dikata
ia cuma adalah lumrah kehidupan
namun ditapi ayak di badang saring
akan terisihlah segala sekam atahan
terungkailah segala kusut talian
terlerailah segala buku bekuan
Diri ini pun masih tetap bertahan
hidup berkelok disimpang liku laluan
masih bertumpu cuma untuk satu tujuan
membina memberi kebahagian senang aman
kepada insan terdesak terhimpit dan memerlukan
kerana akan diri ini cukuplah sudah
dengan segala limpah hidayah anugerah
tenang aman puas dan cukuplah sudah
seadanya sekadar kadar yang ada
Kurang dan tidak memadai kini
cuma masa dan kesempatan menyumbang
memberi membina membangun menjamin
apa yang ada pada umat sakalian
akan tetap selamat berterusan
dengan kadar bertambahan
lumayan berpadanan
untuk terus menjadi nikmat
anak cucu generasi akan datang
menjamin membela mempertahankan
selamat berkembang tanpa sebarang gangguan
sebarang musuh dan segala rupa petualang
luaran mahupun dalaman
INSHAALLAH.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
Sehari yang lalu
2 ulasan:
begitulah saya melihat kegigihan tuan dalam memberi ingatan pada yang patah urusan.demikianlah seorang penyantun berkias memberi amanah yang terlepaskan.demikianlah saya cuba memahami dengan tertib ayat yang begitu puitis.burung ditangan digemgam rapat ia mati ,dilonggarkan ia terbang.
Ya Allah Ya Yabulalamin ....
payahnya kerja ini
namun aku tetap kena bertahan
pada gigih menanganinya
kerana ia adalah kerja ku.
Inshaallah.
Catat Ulasan