Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Isnin, 3 Januari 2011

Baka Dari Moyang


Walau 
moyang ku 
tidaklah pernah 
dinobatkan sebagai 
pejuang yang terbilang
aku tetap juga pasti tahu 
kerana selalu diberitahukan 
akan hasrat suci perjuangan
membela kedaulatan bangsa 
dan masih berterusanlah jua
dalam tubuhku kini 
darah mereka. 
membakar 
membara 
hangat habanya
didalam diriku hingga kini  
semangat dari api perjuangan mereka 
tidak mungkin dapat padam dan ditolak lupa 
maka janganlah engkau tanyakan dimana generasiku
aku tetap tegap berdiri disini walau berkerangkakan 
tulang tulang yang sudah reput pada keranda
yang sudah lumat dimamah tanah.
ALLAAAHUAKBAAAR.

3 ulasan:

SEKALUNG BICARA berkata...

Seperti kata.
Mati harimau meninggalkan belang
matinya manusia meninggalkan nama

perjuangan diteruskan walau berbagai
halangan..

Kenn berkata...

Perjuangan demi nusa dan bangsa akan berterusan..

C L J berkata...

Inshaallah.. Demi Allah .. Untuk Aliff Ba Ta ... Agi Idup Agi Ngelaban.