Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 29 Ogos 2010

Mencari Diri

Seperti dilukis seorang teman
dimaya ini tersirat sebuah alam
bergelar akan dia alam karyawan  
membuat aku jadi membuak keinginan
mahu sekali mencari dan mengenali akan dia
dari sekadar merasai pernah hadhir kesitu
namun masih tidak ku faham jua 
rupa dan sifatnya bagaimana
cuma dapat ku terlah agak
tidak tergambar pada kanta tampak
tidak mampu dilukis pada rentang kanvas
namun tetap ingin mencari dan mengenali
kerana teringat akan pesan Al Fansuri
kenali diri mu baru akan kenali Allah
maka mencarilah aku dimana alam
yang mensemadikan diri ini
bagaimana sebenar rupanya
bagaimana sebenar bentuknya
bagaimana sebenar sifatnya
bagaimana sebenar feelnya
bagaimana urus jadinya
dan betapa pula zatnya.

Demikian barangkali kembara ini
mengalami dan mengharungi
payah digelap pekat
namun tetap kena dilajakkan jua
kerana dihujung sana ada manis yang nikmat
tidak tersifat tidak terungkap

Semuga siratan rahsianya
tidaklah serumit siratatan jala pukat
akan tetap jua membawa unjur kita
ketakhta barakah yang hak
dengan hidayahnya jua
inshaallah.

7 ulasan:

SEKALUNG BICARA berkata...

salam..

Ulama sufi al-Junaid berkata belum dikatakan ahli makrifat sebelum dia mempunyai empat sifat..

Mengenal Allah secara mendalam seakan2 dia dapat berhubung secara langsung dengannya.

Merasakan bahawa dirinya adalah milik Allah dan pasti akan kembali kepadanya

Sentiasa berpedoman kepada bimbingan Rasullullah s.a.w dalam beramal

Berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam mengendalikan hawa nafsu.

Al-Ghazali pula mengatakan kenal dan pelajari org yg makrifat kepada Allah:

Mengenal siapa dirinya

Mengenal siapa Tuhannya

Mengenal dunianya

Mengenal akhiratnya

maaf andai silap huraian ini

insyaallah..

C L J berkata...

Dunia pun jauh lah lagi
dari mengenal hamba akan dia
bagaimanalah kelak kenal hamba
akan akhirat itu bagaimana
namun mencarinya tetaplah jua
semuga hidayahNya akan mencurah tiba
itulah sahaja harapan yang ada
kerana melangkah kangkangan pendek
kerana melompat tak berselang jarak

NJ berkata...

Yang dicari sedang mencari si pencari...

Dhamah Syifflah berkata...

Kadang-kadang...
Rahsia itu...
Telah terbuka...
Telah diberitakan...
Hanya lupa...
Hilanglah jua...

Moga tepat ke singgahsana...
Membawa berita gembira...
Pukat yang dilontarkan...
Sudah mengena...
Habuannya...
Bukan hanya melontarkan...
Tanpa lekat...

Padatnya isi...
Boleh diagih untuk semua...
Sama merasa...
Sama bersuka ria...

Namun janganlah lupa...
Pesan dahulukala...
Jagalah ia...
Ibarat telur dihujung tanduk...
Pecahnya ia...
Bolehkah disatukan semula?
Ingatlah...
Ini hanya sekali...

C L J berkata...

Mashaallah.....
DS kekasih bersama....
menitis air jernih dari mata hamba mengenangkan
betapa kerdilnya diri ini
betapa kurangnya upaya yang ada
menghadapi
harapan yang sungguh tinggi
cabaran yang demikian mengancam
halangan yang sekian menguji
namun tanggung jawab
tetap terpikul
pasti tergalas
haram larikan diri
Inshaallah
istiqamah
fatonah
tabah
walau sendirian
kerana akhirnya pun
pasti sendirian jua.

C L J berkata...

Saudara ku NJ, telah hamba tinggalkan tanda dilaman tuan
sebagai tanda kepada satu harapan
akan selalu berziarah kelaman sana.
Inshaallah.

NJ berkata...

Tuan Hamba C L J,

Hamba seseorang yang tidak punya apa-apa. Tiada jua sebarang ilmu untuk berbicara.

Dalam diam hamba telah mengikuti laman ini tanpa sebarang tanda. Ianya sebahagian 'ubat' di kala rindu datang melanda.

Terimakasih Tuan Hamba.