Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 4 Disember 2009

Menabur Benih Menuai Buahnya.

Menabur benih kebencian
menangguk sengketa dan perbalahan.
Menyemai api kemarahan
menanggong badai memusnah.
Menabur kasih sayang
memikat hati dan hangat kecintaan.
Menyemai ilmu beriman
semarak jana pembangunan insan.
Semuga ugama benar
tetap gagah didokong
keakhir zaman.
Inshaallah.

3 ulasan:

aus berkata...

Assalamualaikum..
minta izin untuk sy menggelar tuan sebagai pakcik..

sy sgt tertarik dengan ulasan pakcik dlm blog mistisfiles..
terutama yg menyentuh ttg haba,tenaga dan cahaya..
waktu blaja fizik form 5 dulu,sy keliru..
cahaya adalah rambatan gabungan dua gelombang magnetik yg melintang dan menegak..
manakala tenaga adalah satu kuantiti fizik yg memerlukan medium perambatan seperti molekul udara conthnya..haba pula kesan pembawaan/rambatan tenaga itu..

bagaimana pula tenaga dri matahari dibawa kebumi melalui medium vakum kalau tenaga dan cahaya adlh dua perkara yg berbeza?


sy sgt berminat dengan ulasan pakcik..terlalu baru ntuk sy yg masih mentah ini..
diharapkan pakcik dpt sediakan penerangan yg setaraf dgn daya fikir sy sblum sempat sy bertanya..
blog pakcik menjadi rujukan namun kelemahan sy untk memahami stp catatan dlm blog ini..


budak bru blajo,
sile beri tunjuk ajo..
=)

C L J berkata...

wakumsalam ..
Maaf. Hamba tak dapat berlayar di maya sejak lebih seminggu yang lalu.

Tahniah. anda telah berjaya membawa hamba turun ke alam nyata dari maya fantasi sendiri. Hamba pun mencari semula apa yang telah dicatat dahulu sehingga menimbulkan kekeliruan dan minat anda. Maka kembalilah hamba kepada dadarasa, mencari rasa rasa tentang apa yang pernah hamba kata.

Kalau bicara sains fisik; sedikit benarlah yang hamba faham. Sekolah hamba pada 50an pun tiada makmal. Maka belajar sains pun sekadar general sains saja. Namun barangkali lontaran ini boleh membawa satu kencederungan baru yang mungkin boleh mendorong manusia kearah satu penerokaan baru lagi. Inshaallah.

Orang Melayu dahulu memahami bahawa alam itu terdiri dari alam besar (alam nyata yang dikaji sains itu) dan alam kecil (sekujur tubuh seorang insan). Setiap yang ada dalam alam kecil ini adalah perulangan dari alam yang besar itu.

Kalau pernah hamba catat mengenai haba, tenaga dan cahaya rasanya adalah dimaksudkan kepada alam kecil. Dimana cahaya itu pun tidak kelihatan pada mata kasar. Apalagi haba dan tenaga. Namun ia boleh dirasakan. Inilah rahsia didalam Ilmullah. Sains fisik mungkin dapat merakam dan menyukatnya dengan kebijaksanaan dari hidayahNya.

Memahami proses jadinya juga adalah lebih rumit seperti anda cuba memahami laluan tenaga melalui vakum sehingga boleh sampai ke bumi; malah sampai mampu mendayakan segala kehidupan serta bersembunyi dalam bukan kehidupan juga di bumi ini.

Nah itu dia. Cetusan kecil ini menuntut terlalu banyak rahsia nak kena dicari oleh ahli ahli sains yang barangkali kena gabungkan fisik, kimia dan baologi dengan cabang cabang tersendiri dicelah celahnya. Barangkali ada persoalan telah berjawab; namun belumlah lengkap. Malahannya pada hamba ia tidak akan lengkap sampai bila bila. Itulah rahsianya hebat dan kayanya kejadian Allah.

Buat diri anda anak ku yang terangkat menjadi anak kesayangan ku; selesaikan pengajian mu kini dengan secemerlang mungkin. Kemudian teruskan kajian dan pencarian rahsia seperti terkandung dalam kecenderungan untuk meneroka tanya itu.

Jadikan dunia Islam dan dunia sebelah sini sebagai lubuk penemuan penemuan baru. Banyak petunjuk terkandung didalam Quraan, usul sufi dan akar umbi bangsa mu. Inshaallah akan diturunkan seorang Mahadi di bumi ini.

Maafkan hamba kalau dalam percubaan untuk tumpang bercakap dalam bahasa sains ini hamba kelihatan aneh dan mengelirukan. Namun demikianlah harapan hamba kepada anak anak muda bangsa hamba. Amin yra.

Nota: Kalau bicara ini perlu diteruskan kita akan meneruskan di laman batin itam atau fb putera mahamiru kerana laman ini adalah laman tempat puisi menggarap budi.

aus berkata...

Alhamdulillah,kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.Senang hati sy mendapatkan sumber ilmuan yg berpengalaman,insyallah,kalaupun tidak mendapatkan penjelasan dri sudut saintifik,barangkali pakcik mendatangkan cabang ilmu yg baru buat sy... =)


Terasa malu bila membaca kata2 nukilan pakcik,mengenangkan ilmu yg sedikit.tambahan pula dgn tulisan yg begitu merendah diri,meletakkan layak sy ntuk memulakan perbincangan terlalu jauh,lalu sy memilih ntuk bermula dgn pertanyaan.

sy agungkan pesan pakcik,kerana itulah juga kata yg sy terima drpd guru fizik sy dahulu ktika ditingkatan 5.terima kasih,tak mungkin lepas ini usaha sy menjawab kekeliruan sendiri melalui pertnyaan kosong..

=)

Assalamualaikum.


budak baru blajo,
sila beri tunjuk ajo..