Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 27 Disember 2009

AJANGAN SEBUAH KEHIDUPAN



Maya kehidupan adalah sebuah ajang
dimana raja diulit rebab tunjuk lagak
sedang peran melagak lakun membawa watak
dilenggang langkah dilenggok jalanan
liut mengolah tari mengatur langkah
lenggang sendeng menggelek pencak
mencernakan diri watak dibawa
jelma jua hati dipancaran rasa
menayang gambaran iman didada

Maka jelaslah wajah diri pelaku diajang
hati didada rasa jadi jelas terbentang
betapa perit ngilu menanggong tekanan
betapa gagah ia menghadapi dugaan
serlah sudah siapa pelaku diajang
Kenallah kita tokoh dan wibawanya
melonjak julang kekaguman didada
menggilap puji pada hormat rasa

Tahniah cuma ungkap terucap
kerana jarak tetap tegap terpacak
Doa cuma dapat mengiring hasrat
semuga nyata esok lusa mu
tetap mendapat berkat
memacakkan tegap tiang empat
menanggam pasang ajang berpasak
tempat mengatur lakun yang baru
membina esok yang masih menunggu
menghias soleh masa depan masih penjang.
buat generasi penerus masih penoh harapan.

6 ulasan:

Admin CCZ berkata...

Ku kira titipan tetamu adalah untukku. Bila ku jengah di tamumu maka ianya ukiran tetap gantungan untuk membina. Puisimu tentang kehidupan. Begitu berseni dan berpadanan. Hebatnya ukiran kata cerminkan kekayaan pemiliknya. kekayaan pemiliknya cerminkan kehebatan dan keagungan Pencipta.

C L J berkata...

Awal awal kejadian lagi kita sudah menjanjikan akam membela alam ini. Namun yang umum dengan yang khusus itu tetap ada kelainannya. Walau segiris beza ia tetap beza boleh merubah makna. Kitalah meletaknya.

McTheory berkata...

Bro
Err.. boleh terangkan maksud sebenar.. ambo kurang memahaminya. .

C L J berkata...

Salam Mact: Mana ada penyair menceritakan pula dalam bentuk prosa. Tetapi oleh kerana tuan bertanya hamba cerita jugalah sikit. Kehidupan ini adalah satu pentas dimana manusia semuanya menjadi pelakun dengan membawa watak masing masing. Namun mata hati yang tajam tetap dapat melihat dan mengenali hati hati sebenar pelaku itu, jiwanya dan kekuatan serta kegigihannya menghadapi cabaran serta beban menekan. Maka penyair menyatakan kekagumannya terhadap kekuatan serta kelohoran pelaku yang berjaya menerima beban yang parah sehingga menemui jalan benar dan beriman. Penyair yang masih ada jarak dengan yang dikagumi itu tidak dapat menghulurkan tangan mengucapkan tahniah. Jadi penyair cuma mengiringkan doa supaya diperkukuhkan iman serta kehidupan pelaku dikagumi itu untuk meneruskan kekuatan padu itu kepada anaknya. Inshaallah.

McTheory berkata...

Terima kasih kerana menerangkan kepada hamba yang agak buta seni.

C L J berkata...

MctHeory: Nobelem ! With pleasure.