Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 6 November 2009

Teman Yang Bersembunyi.

Teman
engkaukah itu
yang mengetok pintu hati ku
dan menghilang ketika pintu itu terbuka
bicara dari diri kamukah wahai teman
yang ku dengar dari belakang tabir
namun dimana engkau ghaib hilang
ketika tabir itu ku selak buka
engkau bicara tentang usia dan kematian
seperti tidak menyedari bahawa mati itu
bukan berpilah atas ukuran usia
engkaukah itu wahai teman
yang lantang berbicara pada ku
dengan lidah bertatahkan sembilu
tanpa menyedari ada nanah menyimbah
dari lidah yang punah dek gambar yang sebelah

Teman
tatkala terhidu bau dari nanah
tersembur dari lidah mu itu
sedarlah aku betapa
penyakit memalit
dihati mu yang punah
dek enak memuja seranah

Maka wahai teman
inginlah aku tulus berkunjung
kelaman bicara mu
supaya dapat kita sama berbicara
mencari benar yang hak
kerana demikian kita diajarkan
dalam menghapus segala perbezaan
dalam mencari pasti dari ketidakpastian
bongkak dan keangkuhan, keras ditegah larang
dalam perjalan membina harapan keredhaan Tuhan

Kecewanya aku wahai teman
bila meraba pintu berkunci laman tari mu
panggil tidak bersahut salam tidak berjawab
sehingga bertanyalah aku pada angin menderu
tabligh apalah demikian rupa
berbicara sambil menutup telinga
sehingga cuba aku menjengah tanya
suci ikhlas hati itu peti simpanannya dimana.

Teman
berakhir kalam bicara ku
dengan doa semuga menemui kebenaran
biar pun pada jalan yang tak pernah kita sama sama
kenal serupa sewadah seadun seanyam bicara
sementara aku masih kena percaya dan yakin jua
dijalan ku ini tetap juga ada hakikat keyakinan sendiri
membina balang cahaya menyinar kebenaran berasingan.
kerana kita tidak ada peluang untuk bertompangan
membina harapan untuk berpimpinan tangan
melintasi jembatan halus itu sepantas kilat.
bertuluslah kita pada jalan berasingan.

13 ulasan:

Dhamah Syifflah berkata...

semoga berjumpa lagi...

Tanpa Nama berkata...

Guru itu..adalah RUH di atas kita seperti JASAD ADAM mendahului atas jasad kita...jasad Adam tak ada beza dengan jasad kita..bertali arus hingga kepada jasad ibubapa kita...

Begitu juga RUH..bermula dengan RUH Nabi Muhammad SAW bertali arus tak putus hingga kepada guru kita YANG HIDUP NYATA dihadapan kita bertuahlah badan...ATAU guru kita itu ghaib iaitu Sheikh Abd Kadir Al Jailani..
yang mengakui SESIAPA mukmin yang tak berjumpa GURU NYATA di dunia ini, maka AKULAH guru kepada mukmin itu...

Bangunlah malam mohon TANPA JEMU..solat sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih, Solat Sunat Hajat...zikirlah Laillaha Illah Muhammad Rasullah..jahar atau sir tanpa henti2..InsyAllah..RAHMAT Allah mengatasi MURKA Allah..Amin...

Aku sekadar beri pancing / kail sahaja...dapat atau tidak ikan...itu kerja Allah...

Unknown berkata...

beri pancing pun... kalau tak betul2 ajar cara memancing, kalau tak tunjuk ikan apa boleh boleh makan dan ikan apa kene lepas balik... tak leh gak bang. takut2 org yg dapat pancing tu salah pancing, terpancing hantu air... pastu selambe je dia bwk balik hantu air tu. kan dah jadi masalah. sapa nak nak gi buang balik hantu air tu? sapa nak berubat budak yg dapat pancing tu?

Tanpa Nama berkata...

Imam Ghazali ...sudah berpangkat MAHAGURU / Profesor...masih muda...hampir2 gila mencari GURU...tapi amalan SYARIAT ZAHIR...yang bersungguh2 TULUS IKHLAS...tidak memungkin berjumpa HANTU...yakin lah dengan syariat ZAHIR yang Allah dan Nabi Muhammad SAW perentahkan...kerana amalan Zahir itu KEMBALI manfaatnya kepada DIRI BATIN kita...amalan kita itu tak BERI KESAN apa2 pun kepada Allah dan Rasul NYA...

C L J berkata...

Maafkan hamba kerana merasakan tidak sesuai untuk masuk campur dalam komunikasa JEBAT dan Mek kerana rasanya kita mempunyai konotasi berbeza tentang istilah istilah yang digunakan.

Walau bagaimana pun hamba cukup berminat untuk mengikuti. Menarik juga kalau diteruskan.

Hamba percaya tampak dari sudut berbeza dan paras berlainan itu boleh bertemu disudut liku yang indah. Asal sahaja kemudi dan galah tetap sedia menjaga tebing, tunggul dan batu. Inshaallah.

Unknown berkata...

hehehe... rasanya takde yg berbeza pendapat pun ni. cuma mungkin kias2 yg di guna je lain2.. maksudnye tetap sama.

jebat kata: amalan syariat zahir, yg bersungguh2 tulus ikhlas...

mek kata: betul2 ajar cara memancing...

che leh kata: kemudi dan galah tetap sedia menjaga tebing, tunggul dan batu...

sama ja tu... but again, atas faham masing2 la tu...

C L J berkata...

Tahniah Mek kerana sentiasa nampak persamaan sehingga mengatasi segala kelainan. Hamba percaya ketulusan yang jelas itu adalah hasil dari bajaan rasa tidak tahu sebelum tahu. Bahaya kalau kita sudah tahu sebelum alam itu menjadi seperti kaca; telus dan tembus sehingga tampaknya seperti tiada.

Unknown berkata...

che leh,
pesan cikgu saya, kita kena selalu kata tak tau. biar pun kita tau... (kadang2 tu pun kita rasa je mcm kita tau. sebenarnya tak pun. penyakit riak la tu...heheh)

bila kita kata tak tau, baru org nak bagitau. baru org nak ajar. baru senang dapat ilmu. kalu duk asyik kata dah tau, org malas dah la nak ajar...

teringat lak dialog cerita labu-labi. "ya encik, saya bodoh encik..."

C L J berkata...

Ketulusan itu jugalah barangkali membawa Mek jadi pandai bercerita dengan bahawa mudah padahal maksudnya tetap jauh. Hamba pun nak kena belajar juga cara dan pendekatan begini. TK.

LavENDer Wind berkata...

salam

terima kasih kujung ke laman aku itu

kala membalas kunjung ke lamanmu, buat aku jauh terkedu, hebatnya kata-kata alunanmu...

...

aku suka puisi ini, kehilangan teman yang dulu membuai rasa, sakitnya hakikinya terasa...

C L J berkata...

Sesamalah kita saling berkunjungan semuga ketemu ketenangan dimaya yang sentiasa indah dan nyaman itu.

Unknown berkata...

che leh nak belajar???

kena cari guru mursyid la... "hamba tiada tauliah..." hehehehe....

C L J berkata...

Murshid adalah satu istilah terlalu besar dengan jiwa kerdil hamba. Malahan nak dilantik sebagai guru pun malu hati kecil ini.

Maka kalau mek nak belajar bermain bahasa hamba cuma mampu mengajak mek untuk berkongsi pengalaman dan pandangan.

Cerita ini akan mengambil ruang yang berleret leret memanjang. Jadi biarlah hamba membuka pendedahan rahsia rahsia kejadian itu nanti di laman Batin Itam kelak. Laman ini sudah diperuntukkan khusus sebagai laman puisi.

Batan Itam nama moyut 5 keturunan sebelum hamba itu diperuntukkan untuk bicara diri dan rahsia bangsa.

Nanti jengok jengoklah kesana. Inshaallah.