Putera Mahamiru ketika memulakan face booknya mencatatkan:
"Berkilau sebuah istana diatas pusara tua."
Catatan itu mencuit dadarasa dan otakfikir hamba maka izinkan hamba membuat ulasan hamba mengenai catatan yang ringkas itu mengikut kefahaman hamba sendiri:
Berkilau membawa maksud gemerlapan sinar memancar kemerata rata. Istana membawa maksud sebuah kediaman yang gah. Dikagumi dan di banggakan. Pusara tua bermaksud sudah lama ia. Mungkin sudah dilupakan dan tidak terurus dan tidak lagi dapat dikesan.
Betapa kehidupan kini begitu gagah bangganya terhadap hebat pencapaian perjuangan memburu kemewah dan keghairahan terhadap gemerlap kilau pencapaian kebendaan. Lupa kita bahawa segala kesempatan dan peluang yang masih ada menjadi milik dan hak bagi kita itu adalah hasil dari pengorbanan pejuangan orang dahulu kala yang sudah kita lupakan dan kadangkala kita perlekeh dan perburukkan.
Maaf hamba ada urusan keluarga yang mendesak kini. Hamba akan kembali untuk membuat posting yang lain dalam bentuk sebuah sajak bermula dari ungkapan menarik itu. Ini barangkali menarik untuk seorang anak yang memohon untuk belajar untuk mencapai kemahiran menulis puisi. Silakan.
Bai'ah: Pas mewarisi doktrin Abu Jaffar al Mansor
-
*UALASAN TAHUN BARU*
ADA pihak tidak senang dan marah kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal
Abidin, (Dr Maza) apabila beliau menyentuh soal politik. Ada ...
4 hari yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan