Terjaga hamba
dari sebuah mimpi
setelah nyenyak lena
selepas parah kepenatan
menjalani kembara panjang
mengharungi riak gelombang
dalam lautan kemelut hati hati manusia
anika corak berbagai rupa berkelopak ragam
berbangkitlah aku dengan hasrat kencang
membina azam meninggalkan pesan
dibina hasrat berhajat pada
keamanan lumayan
anak cucu masa depan
beratur baris pesanan berlainan
untuk paras lapis takok berlainan
pada paras lapis mula takok bawahan
jadilah pengikut setia patuh pada arah rancangan
hindari ragu curiga serta sebarang bentuk kesangsian
kerana sebarang rancangan tidak mungkin jelas kelihatan
sebelum lancar terlaksana ia tanpa sebarang ralat gangguan
bantah engkar sah menjadi hak kalian jika arahan bertentangan
kehendak islam dan jelas akan menjerumus kamu kepada yang haram
pada paras lapis ditakok seterusnya lain pula garis pesan terbentang
jadilah penyokong yang setia ikhlas membantu memudah atasan
hindari saingan songsang dan jahat menyekat halang laluan hak
kerana nyata berkebolehan dari ukuran tulus ia benar layak
selalulah tinjau kaji dan pandang keliling serta kebawah
himpun segala gambar sebenar dari kutipan sebenar
olah segalah masaalah kaji segala potensi dilokasi
jangan cedok tiru kerana tiada cahaya akalan
diri mu bukan kerja mu untuk rancang diperjuang
kerana yakinlah bahawa bahagian mu sudah disediakan
apabila segala amanah sudah ikhlas gigih terusan diusahakan
pada paras atasan sesungguhnya mudah dan ringkas rumus pesanan
diri mu bukan lagi hak peribadi setelah menerima amanah kerusi atasan
segala yang datang dan terbentang adalah cabaran untuk sempurna diuruskan
tiada lagi sebarang alasan jahil atau tiada maklumat diangkat lapurkan berkewajipan
kerana semua terbuka kepada pantauan dan patuh menanggung amanah sebarang arahan
tiada lagi sebarang alasan mengizin sebarang masaalah untuk berterusan berulang ulangan
jika tumpuan hati tetap bertubi mengambil berat memberi perhatian pada arah rancangan
jangan ada kesempatan lalai menguasai diri kerana diri tidak pernah lepas dari perhatian
sentiasalah ingatkan diri itu tidak akan pernah lepas dari penjaga akaun dikiri dan kanan
demikian janji telah terlafaz sejak azali ketika menerima amanah memakmorkan alam
ukur dan sukatlah sendiri segala laksana sebenar ditahap ukur sukat pencapaian
jangan lupa pandang keliling pada segala sumber insan dan potensi gantian
bersedialah untuk rela hati mengambil kesempatan melepaskan tanggungan
kerana hakikatnya kedudukan itu bukan nikmat tetapi adalah amanah hak Tuhan
3 ulasan:
mana le anda belajar buat puisi begini dan bentuk begini. saya pun respek habislah,. sudah 6 puisi anda saya simpan. semua saya simpan dalam sofcopy. dulunya semua natologi saya beli. tahniah
Terima kasih PG atas penghargaan itu. Hamba tak belajar dari mana mana. Hamba cuma dilahirkan dari alam dan hidup sebagai diri sendiri. Bahasa begitu adalah jiwa sendiri. Padahal hamba sekolah inggeris semenjak darjah 1.
Berhadapan dengan istilah istilah inggeris hamba mencari istilah melayu yang layak membuat pernyataan yang sama. Demikian cara hamba membangunkan bahasa jiwa hamba.
Che Leh Jangok..tak terkata CCZ membaca puisi-puisi anda..kecil rasanya diri CCZ berbanding kebolehan dan kemampuan che lah berpuisi. Cumanya penghayatan CCZ agak terganggu kerana terlalu panjang. begitu panjang tetapi bermakna..InsyaAllah, CCZ akan sentiasa megunjungi blog sdra..
Catat Ulasan