Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Rabu, 28 Oktober 2009

Nekad Terpahat Dihati Pertiwi

Teman
Tanah sedang engkau sukat itu 
adalah tapak berlapis pusara 
dalam bumi itu bergalangan tulang temulang 
berdarangan dimamah usia 
namun reputnya membahang haba 
membakar dadarasa anak bangsa
Sukatlah teman 
tanah itu milik mu 
engkau punya hak ke atasnya 
kerana ia pusaka tinggalan moyang mu 
namun jangan sekali engkau lupa 
dalam bumi itu bergalangan tulang temulang
berdarangan dimamah usia 
namun reputnya masih membahang haba 
membakar dadarasa anak bangsa
Dirikanlah istana idaman mu 
di atas tanah pusaka itu 
sebesar mana mahu hati mu
seindah mana dituntut napsu mu 
kerana kini engkau ada hak atasnya 
tetapi jangan engkau lupa tanggong jawab 
keatas bumi itu bersama warganya jua 
merentas keatas daripada hak yang ada 
asalkan sahaja tidak sekali kali engkau lupa 
dalam bumi itu bergalangan tulang temulang 
sedang berdarangan mereput dimamah usia 
namun reputnya masih membahang haba 
membakar dadarasa anak bangsa
yang setiap masa rela bersedia
menebus pesaka moyangnya jua 
menegakkan nekad terpahat dihati pertiwi




4 ulasan:

Dhamah Syifflah berkata...

perjuangan menumpahkan darah...
bahagiakah mereka...
apabila bangsanya lupa..
akhirnya tergadai jua...
kerana bangsanya lupa...

C L J berkata...

Sebuah negara diperintah oleh orang Islam.
Wajib ia tetap dipertahan di tangan Islam.
Maka relalah mereka badan dan nyawa.
Bahagialah mereka di sana.
Namun kalaulah sesekali menjengah meninjau.
Apa agaknya rasa hati mereka.

AntiAnwarDAP berkata...

Ayah..anakmu ini memohon izin untuk mengambil nulkilan ayah untuk dikongsi bersma rakan-rakan dlm maya yang lain...

C L J berkata...

Silakan anak anak ku. Ambillah mana2 yang dirasakan menarik dan layak dikongsikan. Muga2 dapat ia menyemai ilmu bermunafaat dan menjadi jariah kita semua.