Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Selasa, 20 Oktober 2009

Dalam Carian Itu.



Dalam carian itu engkau akan lalui segalanya
dalam carian itu engkau akan mengecap segala rasa
dalam carian itu engkau akan menempoh segala getirnya
dalam carian itu engkau akan menghadapi segala peritnya
segalanya akan melukis gambaran wajah sendiri
segalanya akan mengukir pengalaman sendiri
segalanya akan menjilid kitabnya sendiri
segalanya akan mencceritakan hikayatnya sendiri
namun segalanya adalah modal buat bekalan hari depan
namun segalanya adalah petunjuk buat membina bijaksana
namun segalanya adalah panduan buat mudah mengenal jalan
namun segalanya adalah pengajaran buat menghurai segala kusut
asal sahaja engkau tetap terbuka hatiminda kepada segala yang berbeza
asala sahaja engkau tetap bersedia untuk rela melihat dari sudut berbeza
asal sahaja engkau tetap tidak terikat pada penunggul penambat matahati
asal sahaja engkau tetap tidak menambat arah pandu pada satu guru
kerana engkau dan alam ini adalah khazanah tak habis diteroka
kerana engkau dan alam ini adalah kejadian berlapis rahsia
kerana engkau dan alam ini adalah kejadian paling mulia
kerana engkau dan alam ini adalah rahsia dalam rahsia
maka teruskanlah carian itu walau apa pun tekanan
maka teruskanlah carian itu walau apa pun cabaran
maka teruskanlah carian itu walau apa pun rintangan
maka teruskanlah carian itu walau apa pun halangan
engkau tetap akan ketemu jalan benar kerana jelas halatujumu
engkau tetap akan sampai kematlamat kerana kenal akan diri mu
engkau tetap akan mendarat dipengkalan hak kerana bulat imanmu
engkau tetap akan menakluk puncak kerana puncak itu dihatimu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni yg bagi semangat ni. :)

Unknown berkata...

madah sufi ni...

C L J berkata...

MC; Tahniah kalau anda menemui rangsangan semangat dari celah celah ungkapan kata kata ini. Hamba mencatat suara dari dadarasa sendiri.

Mek; Ini bukan ajaran sufi. Hamba tiada tauliah. Biarlah ahli ahli usul sahaja yang mengajarkan sufi itu. Ungkapa2 ini cuma kelumit rasa dari lintasan hati. Ikhlas.

Sesiapa yang merasakan ia tersangkut dengan ilmu usul, pohon dirujukkan dahulu dengan guru guru yang murshid.

Unknown berkata...

Che Leh,
Sebenaqnya, saya tak belajaq usul pun. Cuma saya ada rasa "karan kat dalam" masa baca bait2 ni:

kerana engkau dan alam ini adalah kejadian berlapis rahsia

kerana engkau dan alam ini adalah kejadian paling mulia

kerana engkau dan alam ini adalah rahsia dalam rahsia


err... guru murshid tu cemana? macam murshidul am tu ka? ;-)

C L J berkata...

Mek buat atok jadi tersepit dan payah nak cerita. Yang ada rasa kat dalam tu dah cukup baguslah tu. Tapi soalan yang 'last' tu kalau jawab kan jadi ada wajah politik pulak.

Tapi yelah; demi anak kesayangan atok ceritalah sikit yang atok tahu. Asalnya 3 orang telah disarankan untuk dipanggil Tok Guru.

Dua yang ada sekarang dan satu lagi dah meninggal. Tetapi yang tu mengikut kata kawan atok yang pernah duduk sebaris dengan mereka tak lekat gelarannya kerana terlalu suka bakai kot (pakaian orang putih)

Salah seorang daripada dua orang yang ada ni dikhabarkan oleh kawan atok yang terlibat terpaksa kena diajarkan melilit serban.

Kesahnya bermaksud gelaran terpasang pada badan manusia itu adalah usaha pemasaran.

Jadi kalau Mursidul Am itu satu gelaran terpasang ialah satu jenama atau gimik untuk pemasaran.

Janganlah mek keliru dengan maksud guru yang murshid yang mendalam fahamnya tentang banyak perkara. Sentiasa dekat dengan Allah alim ilmunya. Jauh dari tersasul bicara katanya. dan dan dan dan lagi.