Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Khamis, 10 Mei 2012

Fitnah, seranah dan sumpah cacian.

Belayar dimaya lepas aku menjadi keliru 
tiada panduan sah tiada petunjuk arah 
tiada parit longkang menggaris sempadan
segalanya bebas tanpa halang sakatan 
malahan kawat berduri menggulung legar
masih senang dirempoh bugar
kerana erti sempadan sakatan
tiada dalam hati dan perasaan 
Maka aku pun jadi sepi sendirian 
tiada saudara tiada teman berkawan 
Dalam keliru keliru begitu 
terpandang aku disebuah taman berlaman 
terpahat pada sebongkah batu berlumut 
ayat purba meninggalkan pesan kata  
"Melayu itu tidaklah ia pandai derhaka" 
Bingkas mengurut dada membina harap 
mengagau raba mencari teman mencari saudara
padahal semuanya sudah tiada dan aku sendirian cuma 
menoleh keliling masih mengintai cari masih berharap jua 
namun yang terjumpa adalah gumpalan api panas membakar
yang tumbuhnya dari benih kebencian dan kemarahan 
disemai tugal berbajakan organan fitnah bersulam seranah 
dan aku punya pilihan untuk bersunyian sendirian
atau ikut menyuburkan kebencian dan kemarahan 
dengan fitnah, seranah dan sumpah cacian.

3 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

seketul darah hitam
hangus terbakar
hilang deria rasa dan timbang tara
menjungjung kesungguhan
fitnah dan umpatan itulah kebenaran

maka betullah
akhir zaman fitnah menjadi makanan
menjadi kehidupan
mereka yang kehilangan
daya fikir dek akal yang kelam

kedai buku perintis berkata...

seketul darah hitam
hangus terbakar
hilang deria rasa dan timbang tara
menjungjung kesungguhan
fitnah dan umpatan itulah kebenaran

maka betullah
akhir zaman fitnah menjadi makanan
menjadi kehidupan
mereka yang kehilangan
daya fikir dek akal yang kelam

LavENDer Wind berkata...

sejak sejarah mula bercerita juga telah ada amarah pada Melayu, bila si Jebat Derhaka pada Rajanya..bila si Tuah aku kira derhaka pada temannya ...

fitnah seranah sumpah caci adalah mainan melayu sejak mula ...kerana kehebatan Melayu yang d kata pada keris itu sebenarnya dimulai oleh 'mentera' yang mengundang seloka berdarah .


tapi tidak mengapa selepas kebencian akan subur lebh kasih sayang, seperti kota yang menjadi aman selepas perang