Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Khamis, 3 Mei 2012

BERSIH yang engkau cari.


Engkaukah itu teman
sedang meronta dijalan jalan
melaungkan hak untuk kebebasan
tanpa menyedari aku sedang bersenang
aman tenteram dalam taman impian
menghirup udara nyaman
bebas dari sengketa nista
berang dan kebencian

Sedarkah engkau teman
geger laung mu
berkumandang membelah nyaman
bergegar menghambat tenteram
dan aku rupanya tinggal dilupakan
dengan hidup yang terganggu
dengan segalah yang indah indah milik ku
sekaligus disentak buang
oleh rakus napsu mu.

Itukah teman BERSIH
yang engkau cari
buat diri mu
seorang ???

5 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

jawapan balas dari pembersih.

AAh akulah disini.teman.
membuang kotoran daki dunia.mengikis sehingga ketapak kaki.untuk ku menyelak syurga disana.
aku berjuang ,teman
dengan suaraku.sehingga ku bisu seketika
aku berjuang dengan tenagaku.hingga aku hampir koma.aku terpejam.disana nampakku syurga.
aku pejuang ku bangga
dan aku ketawa
hahahahahahahahahah
aku menjadi sejarah generasi
akulah pembersih.dikota....

C L J berkata...

Semuga hidayah sejati terjilid
dan tersimpan kukuh
dalam rahsia Al Kahfi itu
benar sedang mengalir
dalam kenderaan
dipembuluh darah mu.

Semuga benarmu itu
akan membawa mu
meluncur melepasi
pintu jannah.

Namun kalau illusi
dari rencana illuminati
menjelma menbentuk rupa
membelit minda
sehingga lupa kita
pada 20 sifatnya
dalam 99 asma'nya;
rugilah kita.

Betapalah kalau rugi itu
parahnya tidak tertebuskan.

Mashaallah.

kedai buku perintis berkata...

salam clj.
apa yang mereka nampak ialah kotornya hasil dari hasutan..bukan mereka sendiri mencari kebenaran dan menjadikan ia satu perjuangan alif ba ta.Sayangnya ramai yang keliru dan membabi buta menyetujui tanpatujuan dan arah..

LavENDer Wind berkata...

jalan jalan jadi BERSIH berselindung kotor ...naa kesian anak-anak jiwa yang kalah dalam catur

C L J berkata...

Kala meraba dalam pekat gelap
apa lagi yang dapat diharap
Namun kalau bau sudah menusuk hidung
masih juga bertegas keras
kerana menyerah mengaku kalah
rupanya bukan kerja mudah
selagi masih ada rahsia
masih disimpan dibawah tikar