Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Khamis, 15 Disember 2011

Tateh ini.

Kalau kini aku 
masih kelihatan 
berada di sini 
jangan engkau pasti 
esok pun aku 
akan masih ada 
namun lusa 
atau bila bila jua
mungkin juga 
aku akan tetiba
hadhir semula 
dalam bnetuk dan rupa
dalam lagu dan irama 
yang entah 
bagaimanalah pula
kerana tatih 
dan langkah ini 
bukanlah 
milik sendiri 
yang bisa aku rancang, 
atur dan susun 
semahunya.

2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

bertateh dalam usia yang sudah letih
namun semangat tetap berlath
jiwa kental melatih
sumbangan berlebih
bertatih dalam diri terlatih
melihat keuzuran hanya pada yang leka
hidup bagai laju beroda
lupa dimana puncaknya.

C L J berkata...

LETIH BUKAN BENTENG
LEBIH TIDAK DIKAMUS
TATIH TETAP JUA BERLATIH
LEKA CUMA KERJA YANG LUPA
KERANA KELAHIRAN SESUNGGUHNYA
ADALAH PENENTU BEBAN DIGALAS JUA
SEMUGA HIDUP BEBAS DARI ALPA
KERANA SYURGA TETAP ADA
DI HUJUNG DUNIA SANA.