Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Sabtu, 3 Disember 2011

NILAI ITU.

 
PUTIK PUTIK PUN PUISI
KALAU BERPAUT BERPUAK
TETAP JUA BERPUTIK PUTIK
PUTIK PUTIK TIDAK PUITIS
BERPAUT BERSAMA BERPUAK
BERPERASAN SAMA SERUPA
BERSORAK BERTEPOK JULANG
PUISI JUALAH IA
BERSANJUNG JUA 
BERJULANGLAH JUA
ANUGERAH PUN MUNGKIN ADA 
MENJADI KURNIA MENGHIAS NAMA
KERANA NILAI SESUATU SEBENARNYA 
TERGANTUNG PADA SERAMAI MANA 
ORANG RIOH MENGIAKAN DIA
MAKA MULIALAH JADINYA IA
BETAPA PUN DIRI SEBENARNYA 
BETAPA HINA PUN DIRI HAKIKINYA
SEKADAR DEMIKIAN SAHAJA RUPANYA
HAKIKAT KEBIJAKAKSANAAN MANUSIA
KEJADIAN MELEBIHI SEGALA  KEJADIAN
KERANA KURNIA ISTIMEWA ADA MINDANYA

Tiada ulasan: