Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Selasa, 27 September 2011

DOAHARAP.

BERSALAM BERSELAWAT
BERSAMA ILLAHI DIDADA RASA 
BILA SEBENAR MENEMUI IA
BERLAIN DAN BERBEZA 
SUDAH MENJADI VERITI (kelainan)
UNTUK KITA MENGAYAM JALIN,
MENYUSUP SULAM,
MENGIRAI TENUN,
MENDANDAN JALIN,
MENYIRAT PINTAL,
MENYATU SEGALA SERI,
YANG INDAH MENARIK
NYAMAN MENAWAN MENGAMAN
DALAM PROSES SEPADU MENYATU
YANG SEBENAR SAHDU MEMADU KALBU.
AMIN YRA. 
INSHAALLAH.

1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

Salam Tuan.semuga terus sihat dan terus menapak dimedan perjuangan ni walau dengan kerlipan mata...