Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 30 Januari 2011

SEBUAH GURINDAM TERHIDANGKAN.


UNTUK DIRI SEMUANYA DIHALALKAN
UNTUK ORANG SEMUANYA DIHARAMKAN
BEGITU RUPANYA CARA MENYALAH BANGKANG
PADAHAL KEMUDIAN LINTANG PUKANG BEREBUTAN
SAMPAI MERAMPAS HAK DARI TANGAN ORANG
UNTUK DIAGIH DIKALANGAN RAKAN TAULAN 
BERUBAH UBAH SAMPAI KEHUKUM HAKAM
DEMI HAJAT NAK UNTUNG KEMENANGAN
HINGGA SANGGUP BERKAWAN SYAITAN
HINGGA RELA MENOLAK SAUDARA ISLAM
DEMIKIAN RUPANYA MANUSIA AKHIR ZAMAN
DEMI MENDAPAT KEMUDAHAN KEMENANGAN 
ISLAM SENDIRI PUN MALAHAN JADI DAGANGAN
SUDAH SAMPAI MASAKAH YA ALLAH YA TUHAN
UNTUK DUNIA DAN KEHIDUPAN INI DIHAPUSKAN
MANUSIA GELUMANG DOSA TIDAK TERAMPUNKAN
MALAHANNYA NAMA ALLAH SEDIA DIKONGSIKAN 
DENGAN PENGERTIAN DAN FAHAMAN BERLAINAN
DEMI MENDAPAT UNDI MENCAPAI KEMENANGAN
SELARAN DAN FITNAH MERATA DITABURKAN
TIDAK BERJAGA LAGI MARUAH INSAN
DIBURU RAKUS RASA DAN KETAMAKAN
SEMUA UGAMA SUDAH MENJADI DAGANGAN
KERANA DIHADAPAN HANYA UNTUNG KEBENDAAN
SEPERTI SUDAH MENJADI NYATA BENAR KATA PESAN 
APABILA KEHIDUPAN SUDAH SAMPAI AKHIR ZAMAN 
WANG DIAGUNGKAN SEPERTI MENGGANTI TUHAN
WALAU PUN TIADA PATUNG DIANGKAT SEMBAHKAN
NAMUN WANG DAN KEBENDAAN TETAP DIDAHULUKAN
SEHINGGA UGAMA RUPANYA SUDAH TERGADAIKAN
SEHINGGA RUPANYA TUHAN SUDAH TERLUPAKAN
DEMIKIANLAH SEBUAH GURINDAM KU HIDANGKAN
DENGAN HARAPAN KITA SEMUA TIDAK TERLEBIH MAKAN.

4 ulasan:

meme berkata...

mereka umpama berjihat namun dengan hati yang kelat tidak nampak yang yang benar atau yang karat..
mereka begitu fanatik sehingga tidak menjurus mereka keluar detik kebenaran.

hati mereka sudah diarangkan dan mereka nampak hanyalah kegegelapan.

C L J berkata...

Tahniah meme yang mempunyai asas rasa cukup illusive indahnya. Urutan kata bahasanya adalah urutan puitis. Cuma tidak digubah bina ia secara berfokus untuk menjadi karya puisi yang lebih menarik.
Kalau hamba diizinkan mempuisikan catatan meme itu; dia akan jadi seperti di bawah. Diterus bina dibelai heningkan tentulah akan terhasil sebuah puisi yang cukup hebat. Inshaallah.

umpama berjihad
namun hatinya kelat
tidak nampak benar mutlak
dari busung hati yang berkarat
kejat terikat fanatik
hingga terikat terkurung mindanya
pada jeriji pagar penjara
dari mengalir cari jurus
untuk lepas bebas
menghitung bilang
hakikat dan kebenaran

hati hati mereka
dihitam arangkan
untuk nampak
hanya kegelapan.

(maaf kerana pandai menokok tambah. Itu pun sebenarnya sudah banyak hamba kawal. Sesungguhnya ilham yang datang pada meme itu adalah cukup hebat)

meme berkata...

salam Tuan.
tanpa izin tuan saya telah copi nukilan tuan kedalam blog saya.Ye memang sedap kalau ditambah perasanya.

C L J berkata...

Tahniah meme. Diizinkan kalau dirasakan sesuai. Silakan. Hamba sebenarnya cuma mencadangkan.