Aduhai
betapalah
betapalah
dimuka bumi
mewah makmor ini
rupanya masih seni bersemi
manusia celaka membawa derita
manusia celaka membawa derita
mencipta sengsara mengisi kehidupan
sedangkan kita yang masih lagi bertuah
dalam limpahan rahmat selamat berdaulat
bercurahan makmur berkat dibumi keramat
masih jua rela hanyut lalai dan khufur nikmat
alpa didalam rezki mudah masih melimpah ruah
menabur kebencian dendam berasak rasa megah
gagal memberi nilai harga kepada nikmat sedia ada
semarak menyala permusuhan rasa benci sesama kita
menggulung bantah sanggah terancang terhadap segala
seperti lupa kita tujuan hidup akan pulang cukup bekalan
seperti lupa kita tujuan hidup akan pulang cukup bekalan
untuk dihitung timbangan neraca sukat bagi segala amalan
Semuga akan tiba jua hidayah harapan membina kesedaran
membawa kita semua kembali mencari laluan sempurna iman
agar bersama menuju hari pasti hadapi muktamad perhitongan
Semuga akan tiba jua hidayah harapan membina kesedaran
membawa kita semua kembali mencari laluan sempurna iman
agar bersama menuju hari pasti hadapi muktamad perhitongan
7 ulasan:
apakah kemewahan menggelapkan hati hati tentang bencana tumpul kesedaran generasi kita...apakah kedamaian melupakan kita tentang huruhara peperangan...dan kita sedang berdepan dengan kepincangan dalam segala segi..dan itulah senjata yang digunakan untuk menikam kita....bagaimana nak menyedarkan ...
Ketenangan jiwa insan
jelma menjadi zahir
sebagai nikmat
dalam imbangan
anyaman harmonis
yang syumul menyeluruh
merangkum sirat zahir duniawi
dan ghaib berhikmah ukhrawi
Namun kehidupan minda kini
diasuh ajar untuk menumpu
melebihkan zahir duniawi
hingga lalai pada lali
menjadi sepi dari silang jalin
rahsia anyaman hikmah ukhrawi
Demikian situasi diharap
dirancang dan disiratkan
dalam ghairah kehidupan kini
oleh kaum memang telah disebut
dalam kitab suci Al Quraan nul Karim
Maka usaha menyedarkan
kenalah bertegap pada semangat
sidiq amanah tabligh dan fatonah
yang kena menjadi tunggak pegangan setiap umat yang mengucapkan kalimah shahadah
tanpa beralasan tanpa mengalah
Maka buatlah siapa jua apa sahaja
yang ia percaya akan boleh beri kesan
walau betapa kecil sedikit pun
selebihnya pasrahlah kita
pada hidayah Allah.
Inshaallah.
salam ziarah..
Bertambah pula di bulan syawal yang mulia ini..
Menikmati rezeki berlimpah ruah, sebaliknya kemewahan yang membawa pembaziran.. masyaallah..
assalamualaikum.
lama tidak berblog.kemana menghilang tuan ...
Salam buat semua sahabat sahabat. Maafkan hamba kerana sekian lama menyepi.
23.9.2010 dimasukkan ke HKL.
26.9.2010 menjalani pembedahan usus.
13.10.2010 mula berehat dirumah sambil mengulangi IJN selepas dikesan ada yang mungkin tidak kena dengan dengupan jantung hamba.
KINI = Belum begitu bebas kerana dikawal oleh anak anak untuk mengelak daripada terusik emosi.
Hari ini adalah hari pertama hamba kembali ke maya ini.
semuga tuan terus sihat....
Catat Ulasan