Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Rabu, 14 Mac 2012

Keyakinan Seorang Pejuang



Nyatanya ketulusan hati
jelasnya pertimbangan rasa
betapa seimbangnya ukur saring
tentunya lahir dari ikhlas yang jelas
pastilah terbit dari saksamanya budi
hebatnya penghayatan sinar nur ilmu
perakuan diri jadi jitu padu begitu
pencariannya tentu bertitik pasti
walau sukar dicari pengukur sukat
walau payah diungkap bahasa berbudi
namun demikianlah nilaian diri
kemulian yang sukar dicari
kagumnya hati ini mengamati
namun tetap jua ingin digagahi
menyampaikan kata nasihat suci
bahawa tanpa desak paksa menyedari
paras letak karya itu hak diri sendiri
pada ukur sukat dirasa hati dibudi sendiri
tergambar adalah potret sebuah perjuangan
yang pastinya akan menghasilkan mulaan
sebuah arca sebuah tugu suatu kemenangan
tak mungkin lagi sesiapa mempersoalkan
 kagumnya aku dapat menumpang
merasakan hebatnya 
keyakinan seorang pejuang.

Tiada ulasan: