Dijauh biru laut itu;
masih jua ada aku;
bersampan berkolek;
meredah meratah gelora;
bertasbihkan hari hari lalu;
sambil masih asyik berwirid;
dikilau bayangan hari muka;
yang masih tiada jaminan pasti;
antara syurga dengan neraka.
Bahasa itu jiwa penggunanya. Setiap ungkapan adalah karya dari pengucapnya. Penerima ada hak sendiri untuk nampak dan faham secara sendiri. Ambillah secara yang anda faham. Lukislah gambaran yang tampak pada kanta pandang anda. Itu hak anda. Kerja hamba menghasilkan karya dari dadarasa hamba. Kita mungkin nantinya serupa atau berbeza bergantung kepada rezki kita masing masing dari hidayahNya. Ikhlas & redha kuncihubung antara kita.
2 ulasan:
tunduk membilang tasbih
menghitung hari hari kehadapan
kenangan ditinggalkan
baik budi ,amalan suci tertulis dalam kitab azali
esok semalam
jernihkan matamu
seakan bulan melihat kamu
tunduk merebah
bukan kalah
juang kearah
selagi mahu berserah
Kalau semalam terbiar punah
bagaimanalag esok akan sudah
kalau semalam sudah merangkak payah
bagaimana esok akan melangkah mudah
segalanya mahu diatur jua
selagi upaya masih ada
kerana kalau esok nafas sudah tiada
yang tinggal mudah mengambil hala
Inshaallah ...
Catat Ulasan