Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 1 April 2011

Kembali Pulang Ke Pulau Ku

Kembali ku bukan satu pelarian
Kembali ku bukan satu penyerahan
Aku cuma cuba mencari ruang kedamaian
Aku cuma cuba membuka ruang ketenangan
Aku cuma cuba mengelak dari pertembongan
Aku cuma cuba mengelak dari perebutan ruang
Kerana aku sebenarnya bukan pemburu keuntungan
Kerana aku sebenarnya bukan pencari kesempatan
Cuma tanggong jawab yang ada wajib ku kerjakan
Cuma kewajipan yang ada pasti kena ku tunaikan
Maka hadhir ku cuma pada ruang bebas sengketa
Agar jalan laluan ku tetap terlepas dari berebutan

5 ulasan:

titis pelangi berkata...

slm tuan.lama menyepi diri.selamat disini ruang mengolah bicara.untuk sama sama dimengerti dan dinikmati maknanya.

C L J berkata...

Demikianlah adanya
Seni memang begitu
Seni kehidupan juga begitu
Siapa memimpin akan melukiskan corak mengikut arus pilihan sendiri
Dan bukanlah hamba kalau berdiri menongkah arus itu
Melainkan sudah pasti ia akan mengalun gelora
Memunggah tebing dan benteng meranapkan aur.

enigmamemoir berkata...

jiwa yang mencari itu yang dicari..

enigmamemoir berkata...

jiwa yang mencari itu yang dicari...

C L J berkata...

Benar Tuan Enigmamemoir:
Namun jiwa itu
dimana persada takhtanya.
dari mana asal adanya.
haluan mana tuju laluannya.
Bagaimana kelak mahu ditanyai.
matlamat bertapak tambatan carinya.