Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Sabtu, 4 September 2010

Tamaddun Perkasa Ini.



kekadang 
ucapnya sama
maksudnya tak serupa
kekadang ucapnya tak sama
hujungnya tetap juga serupa ia
demikian seninya bahasa sastra 

resam tari dirongga budi hati rasa
persamaan tersirat dalam kelainan
menyembunyi beza dalam persamaan
namun semua terpulang pada diri jua
terpulang kepada bagaimana nilaian kita
bergantung pada apa sebenarnya cuba kita teroka

itulah sesungguhnya yang pasti akan kita jumpa
maka hujungnya tetaplah tanggongan kita jua
tidak akan layak kita berpaling kepada sesiapa
untuk menuding jari menunjukkan kearahnya
sambil meluahkan kata menyalahkan akan dia
fahamku begitu kerana engkau yang berkata 
namun jika ada kefahaman yang kita jelas nyata
tidak disampaikan kepada yang harus mendengarnya 
kita jualah kelak yang akan kena disoal tanya kenapa 
tidak engkau perjelas kepada saudara mu yang ada
sehingga begitu jadi gelincir kefahamannya
tidaklah juga akan terlepas kita rupanya
kerana tahu yang ada adalah amanah 
untuk nikmat dikongsi bersama 
maka dengan bijaksana berseni di hati rasa
nyatakanlah dengan nada dan irama lunak rupa 
halusikan cara tidak mengguris hati mengusik deria 
biarlah kelainan yang disampai dan beza yang dinyata 
tidak menghapuskan senyum memadamkan tawa yang ada
demikian indahnya budaya yang terbit dari ajaran para aulia 
memperkasakan tamaddun yang hak dan benar para anbia

7 ulasan:

Dhamah Syifflah berkata...

walau kata dihias berbunga...
bercorak warna warni pelangi...
jika jelas terang maksudnya...
untuk apa lagi mencari erti...
sedang seni halus penyampaiannya...
usahlah tenggelamkan, usah disembunyikan...
namun hanya yang memahami...
faham makna sebenarnya...
jika tidak, usah disalah erti...

C L J berkata...

Tahniah dan syabasy
atas ketegasan kepastian itu
namun manusia bernama manusia
sukar ia mengelak dari lemahnya
demikian ujian dalam kehidupan
yang sentiasa menanyai diri
pasti kita mutlak hak siapa
sedangkan kita diajar tiada buruk sangka
kita dianjurkan sentiasa mencari
yang benar dan baik dalam ajarnya
maka demikian diharap sikap yang ada
semuga yang mengilau pada mata hati
sentiasa menyuluh pada segala mulia
melindungkan gambaran batil dari jelma
maka demikian barangkali urusan kita
diri sendiri jua yang kena dijaga
selain itu masing masinglah urusi ia
dan masing masinglah yang nantinya
kena menanggungkan kelak akhirnya
cuma kalau berkilau apa apa beza
siratlah kalimah budi dalam seni berbahasa
kerana kita juga diajarkan supaya
menjaga hati dan rasa yang lain itu
semuga tidaklah kita
memadamkan senyum menghapuskan tawa

Dhamah Syifflah berkata...

itulah yang sebaiknya...
jaga perilaku sendiri...
kadang-kadang...
kita tidak sedar...
kesilapan yang telah dilakukan...
ingat, itu baik...
rupanya terbalik...

C L J berkata...

tak mengapa kalau kita
pandai sedar dan akui silap
dan bertaubat
takutnya kita
menjadi bijak
mencari helah
sih nampak benar.
Mashaallah.

LavENDer Wind berkata...

tidak menghapuskan senyum
memadamkan tawa yang ada ...


aku suka bait katanya ...indah

C L J berkata...

Bolehlah digunakan buat mengharum seri angin yang menghembus lalu.

TOKGURU86 berkata...

Salam perjuangan para anbia. Indah kata-kata mu dalam sajak yang serba ringkas. Aku memahami dengan jiwa yang halus. Aku menitiskan air yang bermain dikelopak mata sehingga pengakhiran ku bacaain. Terima kasih..