Sehari berhanyut di sungai perak
menuruti lenggok arus aliran riak airnya
melintasi Bukit Chandan yang tersergam di atasnya
sebuah istana indah, gagah dan berdaulat
terpacak pada lereng menebing sungainya
sebuah balai permai menggarap ceritera sendiri
dimana tidak lengkap pertabalan Baginda Sultan
sebelum ditabalkan semula menjadi raja juga
bagi masyarakat jin
selain bagi manusianya.
Sehari berhanyut di sungai perak
menuruti lenggok arus aliran riak airnya
membawa kenengan seribu pengertian
menyingkap rahsia seribu cerita
membuka sedar seribu makna.
Sungai ini pernah menyaksikan api 1875
marak menjulang ditebingnya
membakar hangus istana Dato Mahraja Lela
menggarap satu permulaan sejarah
menitipkan tanda mula surutan kuasa
Istana Istana Kedaulatan raja raja Melayu.
Air disungai ini pernah mengusung
darah J W W Birch
buat dihunus buang kelaut selat
Namun barangkali merahnya
masih meninggalkan kesan
pada pasir dan batu batu terbiar
dilupakan dilubuk dan pantainya
malah tanah liat yang sudah dikamir
dan dibakar menjadi pasu pasu hiasan
di Sayong pun barangkali masih menanggungi kesan
akibat laluan merah darah Birch itu.
(semuga Bush itu bukan ejaan baru bagi Birch)
Api 1875 rupanya dalam diam telah menanda aras
runtuhnya benteng bersejarah
keutuhan kedaulatan kerajaan kerajaan Melayu
di bumi bertuah tanah keramat semenanjung emas ini.
Maka satu satu Istana Istana Melayu mula dimasuki penjajah
yang tampil dalam bentuk halus dengan lunak lembutnya
memakai nama penasihat.
Datang ia membawa sengketa
antara kita sesame kita buat
mengiring adat sengketa diimpot
dari benua benua seberang lautan
yang rupanya membina amalan teradat
dalam resam budaya sehingga kehari ini
5 ulasan:
salam akhir ramadzan dan salam bakal menjelmanya hari raya.
adakah anak anak kita masih lagi mengingati sejarah ini dan mengambil iktibar darinya...siapa yang mampu menyedarkan kelekaan anak2 yang lebeh peka dengan games ciptaan yahudi dan org dewasa yang lalai dan terlupa menyampaikan......
Datang ia membawa sengketa
antara kita sesame kita buat
mengiring adat sengketa diimpot
dari benua benua seberang lautan
yang rupanya membina amalan teradat
dalam resam budaya sehingga kehari ini
menyesatkan kita dalam sengketa berterusan.
dari suatu sudut kecil, tentang bahasa yang diucap, yang sepadan dengan apa yang telah diluahkan oleh Tuan...
'..Bahasa Inggeris, sebagaimana yang lazimnya dipertuturkan dewasa ini di bumi yang mana di suatu ketika dahulu penduduknya terkenal dengan sopan santun serta halus budi bahasanya. Kiranya bukan penjajah yang memperkenalkan bahasa sebegini rupa....'
Suatu sopan santun yang halus bahasanya kini terhakis sudah dek budaya impot...
Pn ZEZA
kitalah
yang bertanggong jawab
menyampaikan
kepada anak anak kita.
Dengan apa caranya pun.
Dengan apa upayanya pun.
Biarlah orang lain sahaja
bertanya apa yang dia dapat
dan siapa yang patut buat.
Kita tidak pernah diajar
untuk menuding jari menujah kata seperti lazim diajar kini
Kenn; Hamba sendiri bersekolah Inggeris semenjak darjah satu dengan proses urut lentur membentuk lidah agar mampu melafaz kata katanya dengan lebih sempurna dari orang Inggeris sendiri menyebutnya.
Tetapi hamba diajar untuk hormat dan berbangga dengan nenek moyang. Maka banyaklah kelebihan dan kehebatan mereka sempat hamba nampak melalui perspektif yang tidak menolak.
Dari kenal dan faham itulah datang minat dan kasih serta cinta dan kagum. Dengan sendirinya rajinlah kita menelaah mendalami dan mengembang mengkayakan dia.
Kebanggaan membawa hamba kepada menjadi cukup seronok apabila merasa atau dikatakan menyumbang kepada proses pengkayaan bahasa Malaysia itu disamping merasa cukup malu dan terhina kalau terlibat merusak atau melemahkannya.
Salam ziarah tuan,
Terima kasih follow blog saya dan saya dah lakukan yang serupa. Mari bersama kita teruskan perjuangan..
Catat Ulasan