(mengembangkan slogan dimulakan oleh DS Idris Jusoh:
Tiada halangan melainkan peluang)
Tiada lagi sebarang halangan
melainkan tembok itu
Tembok yang kita bina sendiri
Tembok yang kita rela izinkan
mengurung mengongkong minda kita
Runtuhkan tembok itu
kerana di belakangnya
ada deretan peluang
Pilihlah yang mana sahaja
mengukut selera pilihan hati
Pilihlah yang mana sahaja
mengukut ukuran layak diri
Pilihan ikhlas dari hati suci
adalah sebenarnya hak bagi diri
Maka pikul galaslah akan dia
dengan tanggung jawab abadi
Tanggonglah ia penoh ikhlas hati
kerana hak itu sebenarnya tiada
melainkan tanggong jawabnya
sejati suci.
4 ulasan:
salam ziarah saudara ...moga sihat-sihat belaka..mohon budi baik saudara link kan blog puisi lara di laman saudara...terima kasih lara dahulukan.
Inshaallah ....
Salam ziarah.
Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/
PINJAM. UNTUK SIMPANAN SAYA
Catat Ulasan