Pesan Ayah Pesaka Bonda.
AssalamualaikumHey anak-anak Melayu
Ingat-ingat akan asal usul mu
Baka yang baik keturunan yang mulia
Ingatlah akan janji yang asal sumpah yang mula
Lahir ke sini sebagai khalifah
Hadhir di sini dengan tugas yang tegas
Jangan dok lalai jangan dok alpa
Siapa nak buat melainkan kita
Hey anak-anak Melayu
Baka yang baik keturunan yang mulia
Khalifah Allah di muka bumi
Kuasa politik di tangan kita
Kuasa ekonomi hak kita nak cari jaga
Kuasa sebar kata di tangan orang
Jangan dok hanyut lalai alpa
Jangan digadai sebuah Negara
Jangan terlepas pegangan kuasa
Hak kita
Hak yang asal
Hak yang mula
Tinggalan ayah pesaka bonda
Siapa nak jaga kalau bukan kita
Hey anak-anak Melayu
Baka ayah zuriat bonda
Jangan dok lena di selimut gebar
Jangan dok hanyut diulit khabar
Bangkitlah bangun mengatur tapak
Buka langkah mengatur tari memecah pencak
Gelanggang alaf bukan kepalang
Gelanggang alaf gelanggang sejagat
Hey anak-anak Melayu
Baka ayah zuriat bonda
Sumpah janji jangan percuma dok ucap
Ikrar bertabik jangan saja saja dok angkat
Ingat ingat amanah ninda moyang purba
Terikat bebat di ubun junjung
Semat kejat di otak ingat
Pengiring berkat menebat nekad
Sundang keramat tinggalan ayah tegap bersakai
Keris picit pesaka bonda gah mengiring
Anak Melayu baka yang wira
Sumpah dan janji jangan main mengacu cuba
Ikrar bertabik jangan percuma dok angkat tayang
Petapa purba jangan dok gerak bangkit jaga
Takut percuma diri perkasa jiwa wira tidak berlangir
Takut terlangkah hajat ibu wasiat ninda patangan moyang
Takut lupa pesan ayah bijak berpandai di gelanggang
Takut lupa pesaka bonda mengulit bahasa berbudi di laman
Anak Melayu baka yang mulia
Hajat yang satu janji yang asal
Rukun yang lima menjadi pegangan
Rukun yang enak senang mengaman
Dua puluh sifat tegap menjulang
Asal janji tetap dikota
Asal sumpah tetap di jaga
Asal kuasa masih milik kita
Asal daulat masih memegah takhta
Maka wahai Melayu anak baka
Dari keturunan baik mulia
Jangan dok tanya salah siapa
Jangan dok tanya silap siapa
Rumah yang ada jangan dibugar
Istana yang ada jangan dibakar
Takhta yang ada jangan diroboh
Takut merana anak cucu kita
Takut kita yang menanggong dosa
Maka wahai Melayu anak baka
Dari keturunan yang baik mulia
Marilah kita mendabik dada
Bertanya pada selera
Tanyalah kita pada hakikat diri
Aku yang ada bagaimana asalnya
Hadhir di sini bagaimana usulnya
Hak yang ada dari mana puncanya
Ilmu yang ada siapa yang punya
Akhir kita nak jatuh kemana.
8 ulasan:
Pesanan kepada sesiapa yang nak baca sajak ini. Bacalah mengikut lenggok dan irama membaca mentera.
baca untuk pemimpin umno.. jgan jual tanah melayu!
Budakbalun jangan jadi macam budak melalut cakap tanpa asas. Di sini kita nak mencambah ilmu. Maka cakap kita biarlah berilmu ....
berhujah ilmu dengan penyokong tegar UMNO macam kamu ni..
hmmm.. macam menyuruh Rosmah memakai tudung penuh laaa..
ada hujah ilmiah untuk orang2 macam kamu ni.. tapi biarlah dulu... tengah sibuk nie...
Wahai si budak balun. Aku bukan orang politik kepartian. Ahli mana mana parti politik pun tidak. Politik yang aku minat ialah politik sebenar; iaitu sains pentadbiran dan pengurusan negara; kerana ia adalah untuk keamanan dan kestabilan Agama, Bangsa dan Negara ku.
Aku cuma orang Melayu. Kerja ku ialah menjaga akaun ku sendiri di Bank Pusat Almahsha. Aku tidak mampu menjaga akaun orang lain.
Namun kalau aku ini nak dijadikan sasaran pertuduhan mu aku tetap redha kerana itu adalah hak kamu. Cuma wajarlah ku peringatkan bahawa hak itu sebenarnya tidak wajar kalau ia tidak disertai tanggung jawab.
Astarafirullahalazim.....
"Wahai si budak balun. Aku bukan orang politik kepartian. Ahli mana mana parti politik pun tidak. Politik yang aku minat ialah politik sebenar; iaitu sains pentadbiran dan pengurusan negara; kerana ia adalah untuk keamanan dan kestabilan Agama, Bangsa dan Negara ku. "
jelas.. kemunafikan kamu dalam menyusun ayat..
sekejap kamu kata kamu bukan orang politik..
tapi ini komen kamu dalam blog aku..
"KERAJAAN MALAYSIA TIDAK PERNAH LULUSKAN LESEN UNTUK MENGADAKAN JUDI BOLA SEPAK ITU.
BERHALA TU TERMASUK BERHALA YANG NIK AZIZ PERGI TOLONG CATKAN TU KE?"
hmmm.. makin terserlah sikap sebenar kamu...
tengok ayat-ayat kamu macam bagus.. macam educated benor.. hakikatnya? hampehhh!!
jangan berselindung kawan.. terus terang je dengan fikrah politik kamu.. agar mudah kita berhujah..
Neraka katakan neraka.. syurga katakan syurga.. mana ada golongan yang tak keneraka dan tak ke syurga??
Hamba cuma melihat pertuduhan menyatakan kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi bola; walhal ia sudah dijelaskan di parlimen. Sudah ditegaskan bahawa ia tidak diluluskan.
Seterusnya disertakan satu hadis menyatakan bahawa perkara perkara judi, arak dan pemujaan berhala itu adalah perkara haram. Maka hamba pun bertanyalah. Kenapa pula nak marah marah ni. Sabarlaa.. janganlah beremosi lak.
Anak Melayu di bumi Malaysia perlu bangkit mempertahankan warisan. Malaysia ini adalah warisan Tanah Melayu.
Sebuah bumi yang dimakmurkan oleh anak-anak watannya, menjadi pohon yang teduh untuk pengembara yang mencari tapak untuk berpijak.
Catat Ulasan