posted by  Arif Omar  at  PENGHUNI GUA  -  1 hour ago 
  *Malaysiakini*   *Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar S Pathmawathy 8:46PM Okt 7 *    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan  kerajaan hari ini sebagai tidak realistik...
Ada dua perkara yang menarik dalam entry oleh PG di atas yang boleh dibaca langsung dari laman PG tersebut. Namun hamba ingin benar ikut menyentuh; malah sudah pun hamba sentuh dilaman PG itu sendiri serta dilaman fb Putera Mahamiru juga. Namun rasanya memandangkan sudah keterlaluan kerena si AnuWar ini nak memperbodohkan kita semua secara mentah mentah maka hamba nak lebarkan juga reaksi hamba itu dilaman ini sendiri: 
Bersangkutan dari dua komen  si AnuWar mengenai Badget 2012 itu hamba tak nak beri jawapan teknikal;  tetapi hamba ingin bentangkan lojik untuk difikirkan oleh kita semua  iaitu: 
1. Kalau si AnuWar itu seorang pemimpin yg ikhlas, dia tentu ingin  menyampaikan sebarang akalan yang baik yang dia ada untuk diadaptasi  oleh kerajaan yang akan melaksanakannya. Akalan yang baik untuk rakyat  tentulah perlu dilaksanakan. Maka ia perlu disampaikan kepada pihak  kerajaan supaya ia pasti jadi terlaksana. Tidak timbullah soal cedok  dsb. Kalau AnuWar menuduh menyelar cedok maknanya jelas AnuWar bukan pemimpin rakyat dan dia memang tidak  ikhlas dengan rakyat dan bukan bertujuan supaya perkara yang dia fikir  adalah baik itu tetap harus berlaku untuk memberi kebaikan kepada rakyat.  
Untuk memberi kebaikan kepada rakyat itu bukan cara berfikir dan tujuan berfikir AnuWar rupanya. 
Dan kalau begitu memang wajarlah dia dan juga partinya serta maufakat partinya itu kena tolak habis habisan dalam PRU 13 nanti.
2. Satu lagi tuduhan / selaran dari si AnuWar ialah bahawa badget yang dibentangkan oleh kerajaan itu dikatakan sebagai tidak realistik. Cuba kita fikirkan betul betul munasabahnya. Adakah hajat yang dibentangkan oleh kerajaan yang bertanggong jawab melaksanakan pentadbiran dan pengurusan negara itu sebagai tidak realistik; berbanding dengan sesuatu yang dibentangkan oleh pihak lain yang memang sudah tahu pihaknya tidak ada kuasa dan tidak bertanggong jawab untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan semasa negara.

Mana lebih munasabah dikatakan sebagai realistik dan mana lebih munasabah dikatakan sebagai tidak realistik? 
Sesuatu yang  datang dari pihak yang tahu dia kena laksanakan 
atau 
sesuatu yang datang  dari pihak yang tahu dia tidak ada kuasa dan memang tidak  layak melaksanakan.  