Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 26 Februari 2012

Sekujur Sebuah Penantian

semadian itulah penantian
walau ia bukan penghujung jalan
ia tetap kekal laluan sebenar pencarian
disanalah penyudah pelbagai wadah sebuah lukisan
yang tidak pernah dapat disempurna siapkan
kerana penyudah sebenar itu sesungguhnya
bukanlah kerja kita bergelar insan dijadikan
melainkan beredhalah kita pada ketentuan
yang telah sejak azali sedia tersuratkan
atas kehendak rancangan yang menjadikan 

Khamis, 26 Januari 2012

ARUS KETIGA

(ditujukan khas buat Dato Hassan Ali 
dan mereka yang serasa dengannya).

Arus ketiga itu sedang meluncur gagah
dibawah gelombang sedang berkucah
bertambah gagah ia menggumpal rasa
tanpa rupa tanpa wajah.
jelma ia tanpa nama
tanpa warna
dimana mana.
Menjadi penyatu
tanpa ikat bersyarat 
Namun tetap kejat membebat.
Menyatu dalam berkat
dan kehendak zat sifat.

Inshaallah ......

Khamis, 15 Disember 2011

Tateh ini.

Kalau kini aku 
masih kelihatan 
berada di sini 
jangan engkau pasti 
esok pun aku 
akan masih ada 
namun lusa 
atau bila bila jua
mungkin juga 
aku akan tetiba
hadhir semula 
dalam bnetuk dan rupa
dalam lagu dan irama 
yang entah 
bagaimanalah pula
kerana tatih 
dan langkah ini 
bukanlah 
milik sendiri 
yang bisa aku rancang, 
atur dan susun 
semahunya.

PAKSI DIRI


Hidupnya
matinya
atas tunggal yang esa
tiada istilah ketemu
tiada istilah terpisah
namun jati di esa yang satu itu
tetap membebat segala jitu menyatu
satu yang jitu padu tak perlu berpandu
kerana tujunya terusan begitu tanpa ragu
berdiri diatas paksi keyakinan yang pasti 
pada azali yang tidak pernah memencil lari.

Sabtu, 3 Disember 2011

NILAI ITU.

 
PUTIK PUTIK PUN PUISI
KALAU BERPAUT BERPUAK
TETAP JUA BERPUTIK PUTIK
PUTIK PUTIK TIDAK PUITIS
BERPAUT BERSAMA BERPUAK
BERPERASAN SAMA SERUPA
BERSORAK BERTEPOK JULANG
PUISI JUALAH IA
BERSANJUNG JUA 
BERJULANGLAH JUA
ANUGERAH PUN MUNGKIN ADA 
MENJADI KURNIA MENGHIAS NAMA
KERANA NILAI SESUATU SEBENARNYA 
TERGANTUNG PADA SERAMAI MANA 
ORANG RIOH MENGIAKAN DIA
MAKA MULIALAH JADINYA IA
BETAPA PUN DIRI SEBENARNYA 
BETAPA HINA PUN DIRI HAKIKINYA
SEKADAR DEMIKIAN SAHAJA RUPANYA
HAKIKAT KEBIJAKAKSANAAN MANUSIA
KEJADIAN MELEBIHI SEGALA  KEJADIAN
KERANA KURNIA ISTIMEWA ADA MINDANYA

Isnin, 7 November 2011

Antara yang hilang dan yang dicari


Kalau hilang ia menjadi kesamaran
tentu sekali ada tabir yang menyekat
membuatkan pandangan menjadi terhalang
atau jalan dikabori simpang cabang 
Namun selagi hujung masih tunggal satu 
garis tempat kelak ditiba datangi kembara
pasti jua akan tetap sama
kerana azali janji
tidak akan mungkir gelincir.

Maka akan berulanglah pesanan purba
mendesiskan dengung kepada siapa sahaja
yang masih sudi mahu merasa ada kena mengena: 
Kembalilah berkejat kejat kenekad hajat diniat
mencari jalan azali yang masih tetap pasti satu
menuju pintu yang masih tetap kekal jitu satu
semuga kelak kita semua akan jumpa jua
dipintu yang pasti tetap sama
INSHAALLAH.

Jumaat, 4 November 2011

Lt Adnan:


Lt Adnan

Bersama semangat yang waja
Engkau pergi meninggalkan kami
Membawa bersama jatidiri mu
Membawa bersama wajadiri mu
Engkau pergi meninggalkan kami

Kapan telah disempurnakan
Talkin telah pun dibacakan
Namun engkau masih belum mati
Namun bumi ini masih di sini
Namun kami masih juga begini
Meneruskan jihad tidak bertepi

Lt. Adnan
Wajadiri mu
Jatidiri mu
Kemana hilangnya
Atau telah terkubur ia bersama keranda mu di pusara
Kemanakah perginya anak yang engkau tinggalkan bersama isteri mu
Tidakkah padanya ada wajadiri mu ada jatidiri mu
Atau segalanya telah musnah terhimpit oleh tekanan yatimnya
(Berdosakah kami yang tidak mencarinya ?)
Kalau anak mu entah kemana
Kalau cucu cucumu pun entah bagaimana
Bagaimana dapat kami bawa semangat jatidiri mu
Bagaimana dapat kami terus gah berjuang dengan wajadiri mu
Bagaimana dapat kami terus hidup bersama kehadhiran mu

Lt. Adnan
Demikian adalah zaman mu
Demikian adalah cara juang mu
Demikian adalah utuh senjata diri mu
Demikian engkau telah hilang
Demikian engkau telah berjuang
Demikian pula adalah hasilnya
Dan kerja mu masih juga tidak selesai
Siapakah yang harus meneruskan
Bagaimana pula harus kami laksanakan.

Lt. Adnan
Kerja mu rupanya belum selesai
Ia tidak selesai dengan terkorbannya diri mu
Ia juga mungkin tidak akan selesai ditangan kami
Bagaimana agaknya murni perjuangan mu dapat berterusan
Sedangkan kami punya zaman yang berbeza
Sedangkan kami perlukan cara yang berbeza
Sedangkan kami perlukan alat yang berbeza
Namun wajadiri mu masih kami perlukan
Namun jatidiri mu masih kami perlukan

Lt Adnan
Maafkan kejahilan kami
Maafkan buta hati kami
Maafkan pekak telinga kami
Maafkan bebalnya hati kami
Muga muga Tuhan juga akan menerima taubat kami

Lt Adnan
Katakanlah di mana
Katakanlah bagaimana
Dapat kami cari wajadiri mu
Dapat kami cari jatidiri mu
Untuk kami panjangkan kepada generasi selepas kami
Atau kamu sebenarnya kini memang ada dikalangan kami
Atau kamu sebenarnya kini sedang mengiringi gerakan kami
Atau kamu sebenarnya kini sedang memimpin ketahanan kami
Atau kamu sebenarnya akan terus berada dikalangan anak cucu kami
Atau kamu sebenarnya akan terus mengeringi gerakan anak cucu kami
Atau kamu sebenarnya akan terus memimpin ketahanan semangat anak cucu kami.

Jumaat, 7 Oktober 2011

LANJUTAN BICARA BUDGET 2012.


posted by Arif Omar at PENGHUNI GUA - 1 hour ago
*Malaysiakini* *Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar S Pathmawathy 8:46PM Okt 7 * Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik...
 
Ada dua perkara yang menarik dalam entry oleh PG di atas yang boleh dibaca langsung dari laman PG tersebut. Namun hamba ingin benar ikut menyentuh; malah sudah pun hamba sentuh dilaman PG itu sendiri serta dilaman fb Putera Mahamiru juga. Namun rasanya memandangkan sudah keterlaluan kerena si AnuWar ini nak memperbodohkan kita semua secara mentah mentah maka hamba nak lebarkan juga reaksi hamba itu dilaman ini sendiri: 
 
Bersangkutan dari dua komen si AnuWar mengenai Badget 2012 itu hamba tak nak beri jawapan teknikal; tetapi hamba ingin bentangkan lojik untuk difikirkan oleh kita semua iaitu: 
 
1. Kalau si AnuWar itu seorang pemimpin yg ikhlas, dia tentu ingin menyampaikan sebarang akalan yang baik yang dia ada untuk diadaptasi oleh kerajaan yang akan melaksanakannya. Akalan yang baik untuk rakyat tentulah perlu dilaksanakan. Maka ia perlu disampaikan kepada pihak kerajaan supaya ia pasti jadi terlaksana. Tidak timbullah soal cedok dsb. Kalau AnuWar menuduh menyelar cedok maknanya jelas AnuWar bukan pemimpin rakyat dan dia memang tidak ikhlas dengan rakyat dan bukan bertujuan supaya perkara yang dia fikir adalah baik itu tetap harus berlaku untuk memberi kebaikan kepada rakyat. 
 
Untuk memberi kebaikan kepada rakyat itu bukan cara berfikir dan tujuan berfikir AnuWar rupanya. 
 
Dan kalau begitu memang wajarlah dia dan juga partinya serta maufakat partinya itu kena tolak habis habisan dalam PRU 13 nanti.

2. Satu lagi tuduhan / selaran dari si AnuWar ialah bahawa badget yang dibentangkan oleh kerajaan itu dikatakan sebagai tidak realistik. Cuba kita fikirkan betul betul munasabahnya. Adakah hajat yang dibentangkan oleh kerajaan yang bertanggong jawab melaksanakan pentadbiran dan pengurusan negara itu sebagai tidak realistik; berbanding dengan sesuatu yang dibentangkan oleh pihak lain yang memang sudah tahu pihaknya tidak ada kuasa dan tidak bertanggong jawab untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan semasa negara. 
 
Mana lebih munasabah dikatakan sebagai realistik dan mana lebih munasabah dikatakan sebagai tidak realistik? 
 
Sesuatu yang datang dari pihak yang tahu dia kena laksanakan 
atau 
sesuatu yang datang dari pihak yang tahu dia tidak ada kuasa dan memang tidak layak melaksanakan. 


Selasa, 27 September 2011

DOAHARAP.

BERSALAM BERSELAWAT
BERSAMA ILLAHI DIDADA RASA 
BILA SEBENAR MENEMUI IA
BERLAIN DAN BERBEZA 
SUDAH MENJADI VERITI (kelainan)
UNTUK KITA MENGAYAM JALIN,
MENYUSUP SULAM,
MENGIRAI TENUN,
MENDANDAN JALIN,
MENYIRAT PINTAL,
MENYATU SEGALA SERI,
YANG INDAH MENARIK
NYAMAN MENAWAN MENGAMAN
DALAM PROSES SEPADU MENYATU
YANG SEBENAR SAHDU MEMADU KALBU.
AMIN YRA. 
INSHAALLAH.

Ahad, 18 September 2011

BENIH DAN BUAHNYA


Kalau benih yang ditanam itu 
datangnya dari buah amarah 
yang disuburkan bebaja cerca 
bersiramkan air caci bercela  
bagaimanalah agak rupanyanya 
hasil yang bakal dikutip tuai ??

Jumaat, 16 September 2011

NEGERI PARA AULIA.


Sementara aku tidak lagi mampu berpuisi.     Sementara aku tidak lagi mampu bermimpi.    Segala suara sudah mendesis gusi tanpa gigi.    Tak mungkin bisa mengguris kata memahat dihati.     Tak mungkin bisa menggarap bagasa membawa erti.    Maka layaklah aku mencari pusara untuk lena menyendiri.    Berpestalah kalian sementara anak anak pribumi menggigit jari.     Mungkinkah jadi demikian suara beta kalau sudah dihujung hari.
Mungkinkah demikian bicara rasa kalau sudah melampau mengulum sepi.      Namun janganlah engkau berkata apa apa pada siapa jua nanti.    Kalau esok dari tanah pusara sana berguling guling melenting lenting.    Batu batu pipis dan bulat melayang melompat lincah mencari sasaran.    Kerana itulah kelak tandanya aku dan sahabat sahabat sedang meronta.    tidak mahu selesa lena diulit mimpi dalam peraduan dipusara sana.
Maka wahai siapa siapa dimana mana.    Hanyutkanlah suara ini diarus sungai.    Semuga ada aur tempat ia akan tersangkut.    Barangkali ada tebing tempat ia akan tersadai.    Mudah mudahan ada tanah sempat ia tompang meresap.    Mengadun membakar mengeras memejal menjadi batu.     Memancang bumi menjadi tugu penanda jiwa purba.    Manalah tahu esok menjadi tapak untuk bangkit jua.    Meneruskan kembara mencari pintu syurga.      Buat memancang batu asas mendirikan semula.     Sebuah negeri sebuah negara bangsa beraja

Isnin, 12 September 2011

SEHARI BERHANYUT DI SUNGAI PERAK.

Sehari Berhanyut Di Sungai Perak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhn9wkW2Vc9zzxECQbtmZBckMN5NhrNMLak0OhO_KDWWlmGAzx7DfS3g2psmd-DEU1kEXDRdf7loxZty1zRrFqyO_twSFmro7y8sQ0vhGDy6OxzlfWmh13dHu0GoXqzRj3z_tmt0yxVBk/s400/1.bmp
Sehari berhanyut di sungai perak
menuruti lenggok arus aliran riak airnya
melintasi Bukit Chandan yang tersergam di atasnya
sebuah istana indah, gagah dan berdaulat
terpacak pada lereng menebing sungainya
sebuah balai permai menggarap ceritera sendiri
dimana tidak lengkap pertabalan Baginda Sultan
sebelum ditabalkan semula menjadi raja juga
bagi masyarakat jin
selain bagi manusianya.

Sehari berhanyut di sungai perak
menuruti lenggok arus aliran riak airnya
membawa kenengan seribu pengertian
menyingkap rahsia seribu cerita
membuka sedar seribu makna.
Sungai ini pernah menyaksikan api 1875
marak menjulang ditebingnya
membakar hangus istana Dato Mahraja Lela
menggarap satu permulaan sejarah
menitipkan tanda mula surutan kuasa
Istana Istana Kedaulatan raja raja Melayu.

Air disungai ini pernah mengusung
darah J W W Birch
buat dihunus buang kelaut selat
Namun barangkali merahnya
masih meninggalkan kesan
pada pasir dan batu batu terbiar
dilupakan dilubuk dan pantainya
malah tanah liat yang sudah dikamir
dan dibakar menjadi pasu pasu hiasan
di Sayong pun barangkali masih menanggungi kesan
akibat laluan merah darah Birch itu.
(semuga Bush itu bukan ejaan baru bagi Birch)
Api 1875 rupanya dalam diam 
telah menanda aras
runtuhnya benteng bersejarah
keutuhan kedaulatan kerajaan kerajaan Melayu
di bumi bertuah tanah keramat semenanjung emas ini.
Maka satu satu Istana Istana Melayu mula dimasuki penjajah
yang tampil dalam bentuk halus dengan lunak lembutnya
memakai nama penasihat.
Datang ia membawa sengketa
antara kita sesame kita buat
mengiring adat sengketa diimpot
dari benua benua seberang lautan
yang rupanya membina amalan teradat
dalam resam budaya sehingga kehari ini.

Khamis, 8 September 2011

KEKOSONGAN


Sekian 
lamanya aku tidak berkarya.
Apakah aku sebenarnya sudah mati 
dengan minda tidak lagi meronta 
dengan rasa tidak lagi meneroka 
demikiankan insan berlena di pusara 
tersendiri menyendiri membawa diri 
sudah terhenti diri dari mencari cari
Tuhan itu dimana 
Tuhan itu bagaimana
sisinya itu dimana
bagaimana


Sabtu, 2 Julai 2011

Diskusi Sastra.

Serangkap pantun 4 kerat yang pada hamba agak menarik tercipta dilaman fb Putera Mahameru. Barangkali jauh capaian yang boleh dipelajari oleh generasi kini melalui olahfaham dan ulaskaji secara mendalam dengan meneroka lapis lapis nelai dan mutu yang tersirat dalam satu contoh ini. Atas tujuan itu barangkali juga ada ahli yang sudi menyumbangkan ilmu dan pengetahuan yang jarang disebar orang secara terbuka di laman laman maya begini. Silakan.

Putera Mahameru  

Kilat tempurung kilau menggiwang * 
Sesabut lumut berlarut jua * 
Bersepai tepung tetap di badang * 
Rambut menusuk ku ungkai jua * 

Sekarang dah jadi pantun Melayu. 
Mana ahlinya. Silalah bincangkan. 
Semuga kita semua dapat terusan 
memberi berkongsi belajar.

Terima Kasih:

Khamis, 30 Jun 2011

SESUDAH BEBERAPA KALI MATI.


Celik dari lena ditengah malam 
tetiba terhitung pengalaman pengalaman pilu 
ketika aku tiba tiba merasakan mati itu 
begitu hampir dan sudah bahagian untukku
malah sudah tiba masanya aku dijemput pergi 
aku pun memang sudah bersedia rela dan pasrah

telah ku hitung satu satu pengalaman berlalu
sudah beberapa kali berulang ulang rupanya 
namun masa sesungguhnya belum juga tiba 
dan aku masih juga berada di sini 
masih lagi kena meneruskan 
kehidupan dan perjuangan 
masih lagi perlu menghadapi ujian 

betapa rindunya aku pada manis saat itu 
namun ujian masih jua perlu aku bergagah hadapi 
namun khidmat bakti tetap kena terus ku tabur lagi 
belum lunas rupanya kerja kerja teramanah disini.