Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Isnin, 2 April 2012

Pesan Pesaka

Wahai cucu cucu ku: 
kalau dizaman mu kelak 
engkau terpaksa meredah hutan mencari makan 
intailah kecelah celah banir tunggul merbau darah
kalau disana kelak engkau temui ada serpihan tulang 
itulah atok yang gagal meneruskan kerja membela bumi ini 
dari ditakluk orang setelah berjaya ia dijadikan bumi merdeka 
kalau dalam memanjat bongkahan batu, engkau terbau hapak hanyir 
itulah busaran nanah dari darah atok yang tumpah dari luka tak terbalut 
kalau paya berlumpur engkau harungi ada gumpalan daging tak mahu reput 
merayap sekitarnya jengking kala dan melilit kelilingnya senduk dan sawa 
itulah atok yang lumat dicincang kerana tidak mahu menyerah mengalah
namun engkau cucu cucu atok atas nama keturunan dari darah atuk: 
teruslah  berjuang walau apa pun walau siapa pun menghalang
perjuangan ini masih belum selesai 
tidak selesai ia ditangan atok 
tidak selesai ia ditangan kalian 
tidak akan selesai ia sebelum kembali 
kepada kita Isa dan Mahadi
namun kita diharamkan 
menyerah atau mengalah.

Tiada ulasan: