Laman redup dibayangan pokok
memanglah tempat aku mengatur tapak
membina kekuda mengalun tari
mengatur pola berbunga
menitih kata memupuk budi
disemaian bahasa
mencari murni diri
dalam keindahan
manisan rasa
Tidaklah pandai aku mengolah pencak
mengipas angin melambai ribut
menggoyang reranting pokok
mengoyak cabang dahan
Namun kalau condong batang pepohon
menggegar akar menggoyang tunjang
kaburlah aku dari mengerti
temali kesah turutan hikayat
Kalau tumbangnya menimpa laman
didesir angin ngauman ribut
barangkali sempat bertabah aku
menyambut sanggah menahan sagang
Kalau tumbangnya tanpa angin berselang ribut
terpakulah aku diashik mengalun tari
mengolah kata mencari budi.
KESTABILAN POLITIK NEGERI KEUTAMAAN PKR SABAH- MUSTAPHA
-
KERJASAMA antara PKR dan GRS semakin jelas pada PRN-17, apabila Pengerusi
MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menegaskan bahawa keutamaan parti itu
adala...
5 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan