Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Ahad, 26 Februari 2012

Sekujur Sebuah Penantian

semadian itulah penantian
walau ia bukan penghujung jalan
ia tetap kekal laluan sebenar pencarian
disanalah penyudah pelbagai wadah sebuah lukisan
yang tidak pernah dapat disempurna siapkan
kerana penyudah sebenar itu sesungguhnya
bukanlah kerja kita bergelar insan dijadikan
melainkan beredhalah kita pada ketentuan
yang telah sejak azali sedia tersuratkan
atas kehendak rancangan yang menjadikan