Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Khamis, 15 Disember 2011

Tateh ini.

Kalau kini aku 
masih kelihatan 
berada di sini 
jangan engkau pasti 
esok pun aku 
akan masih ada 
namun lusa 
atau bila bila jua
mungkin juga 
aku akan tetiba
hadhir semula 
dalam bnetuk dan rupa
dalam lagu dan irama 
yang entah 
bagaimanalah pula
kerana tatih 
dan langkah ini 
bukanlah 
milik sendiri 
yang bisa aku rancang, 
atur dan susun 
semahunya.

PAKSI DIRI


Hidupnya
matinya
atas tunggal yang esa
tiada istilah ketemu
tiada istilah terpisah
namun jati di esa yang satu itu
tetap membebat segala jitu menyatu
satu yang jitu padu tak perlu berpandu
kerana tujunya terusan begitu tanpa ragu
berdiri diatas paksi keyakinan yang pasti 
pada azali yang tidak pernah memencil lari.

Sabtu, 3 Disember 2011

NILAI ITU.

 
PUTIK PUTIK PUN PUISI
KALAU BERPAUT BERPUAK
TETAP JUA BERPUTIK PUTIK
PUTIK PUTIK TIDAK PUITIS
BERPAUT BERSAMA BERPUAK
BERPERASAN SAMA SERUPA
BERSORAK BERTEPOK JULANG
PUISI JUALAH IA
BERSANJUNG JUA 
BERJULANGLAH JUA
ANUGERAH PUN MUNGKIN ADA 
MENJADI KURNIA MENGHIAS NAMA
KERANA NILAI SESUATU SEBENARNYA 
TERGANTUNG PADA SERAMAI MANA 
ORANG RIOH MENGIAKAN DIA
MAKA MULIALAH JADINYA IA
BETAPA PUN DIRI SEBENARNYA 
BETAPA HINA PUN DIRI HAKIKINYA
SEKADAR DEMIKIAN SAHAJA RUPANYA
HAKIKAT KEBIJAKAKSANAAN MANUSIA
KEJADIAN MELEBIHI SEGALA  KEJADIAN
KERANA KURNIA ISTIMEWA ADA MINDANYA